Friday, September 19, 2008

Apa kat dalam ye?

Sudah lama sebenarnya ku nak menulis pasal benda ni. Tapi asyik terlupa saja. Alang-alang dah ingat ni, terus aku ketuk keyboard laptop aku.

Sebenarnya aku tertarik dengan entry yang berkaitan dengan perkara ni dari blog Sinaganaga. Rudybluehikari pun ada buat juga (rasanya la…)

[Description of my wallet: di beli di pasar malam tempat aku tinggal. Aku memang sangat cerewet dalam membeli barang yang aku gunakan hari-hari. Puas aku round kat area JB, tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Last-last kat pasar malam aku jumpa. Alahai… yang penting isinya. Lagi satu, walaupun aku perempuan, aku memang suka pakai wallet, alasannya, ringkas. Boleh masuk dalam poket, tak kembung (BACA purse perempuan biasanya ada tempat letak syling. Bila dah ada tempatnya, mestila aku nak letak. Bila letak, mestila jadi kembung- aku benci purse yang kembung). Lagi satu, aku tak berapa suka purse yang panjang. Rasa tak selamat je- tak boleh masuk poket. Kalau aku tengok orang perempuan jalan-jalan sambil hayunkan purse dia yang panjang tu, aku akan cakap dalam hati, “bila ajelah purse dia nak kena ragut” hahaha..]

Dalam wallet aku ada…
> mestila duit… berapa, tak usah Tanya, aku pun tak ada gaji lagi
> MyCard- wajib ada. Gambar masa aku tengah tembam. Sekarang makin kurus
> lesen memandu- baru status P lagi la…
> calendar- wajib ada. Kalau awal tahun aku tak dapat, boleh mengaruk aku jadinya!
> tiket bas Transnasional- aku tak jadi guna sebab Mak Tam aku hantar balik. Tarikh tiketnya beberapa hari selepas mak aku pergi…
> kad topup Putra LRT- banyak sangat kenangan dengan kad ni. Aku jumpa Siti Nurhaliza dan Datuk A Samad Said lagi!
> pas keluar masuk IPTI- tak tau kenapa aku tak keluarkan lagi.
> kad ATM- ada 3...tapi duit tak banyak mana
> business card- dapat dari satu kedai jual baju kat Plaza Kota Tinggi. Kedai tu best wo…
> resit-resit transaksi- bila guna ATM je mesti aku simpan resitnya. Wajib sebagai rujukan, hanya tamat tempoh apabila aku buat transaksi baru

Begitulah alkisahnya wallet ku…

No comments: