Cikgu Fizik aku masa tingkatan 4 dahulu pernah mengatakan kalau dia ada empat orang isteri, aku la yang pertama dia akan ceraikan sebab aku macam singa. Teman-lelaki-tak-jadi aku pernah kata aku mak tiri, bila aku suarakan rasa runsingku yang aku takut tak dapat mengawal kelas.
Hakikatnya hari ini, sudah ada pelajar yang berkata pada kaunselor sekolah menyatakan bahawa aku garang. Hehehe…
Mungkin itulah aku apabila di dalam kelas. Tapi, tanyalah pada semua pelajarku jika inginkan kepastian. Mungkin jawapannya akan pelbagai. Kalau tidak, masakan pelajar ku di Semenchu menafikan sekeras-kerasnya bahawa aku garang. Tapi oppss, masa itu aku cuma seorang guru pelatih, manalah aku berani marah pelajar sangat. Paling-paling tinggi pun aku marah, aku suruh mereka berlari satu padang walaupun memakai uniform persatuan. (Aku mengajar PJK ketika latihan praktikal).
Sekarang ini, bolehlah di katakan aku mempunyai kuasa untuk bertindak.
Tapi, cuba selidiki kenapa aku marah?
Tak bawa buku dan tak mahu salin
Buku habis, tak beli yang baru
Ganggu kawan nak belajar
Kurang ajar pada aku
Tak siapkan kerja yang aku suruh buat
Tak bawa barang yang aku suruh
Jika di selidiki dari senarai di atas, siapa yang bersalah sebenarnya? Aku atau mereka?
Aku seboleh-boleh mengelak dari memukul murid. Kerana itu, aku tak pernah lagi membawa rotan masuk ke kelas. Aku bimbang, aku akan merotan mereka seperti warder penjara merotan banduan. Oppss, jangan cabar kesabaranku.
No comments:
Post a Comment