Apa agaknya definisi Hari Raya yang sebenar?
Bagi kanak-kanak, mungkin dapat merasa memakai baju yang baru dan lawa (kalau boleh ada bau kedai!), makan macam-macam kuih, kumpul duit raya banyak-banyak dan list ini akan berterusan…
Tapi bagi remaja pula, mungkin ia lebih bermakna jika dapat di sambut bersama kawan-kawan sebaya. Masa ini, keluarga dah jatuh nombor dua. Kawan-kawan lagi penting.
Tapi, apabila anda semakin dewasa, adakah anda terfikir apa sebenarnya makna Hari Raya. Beberapa hari yang lalu, aku berbual dengan seorang kawan lama di internet. Soalan yang di tanya padaku ialah, berapa banyak baju raya aku tahun ini? Aku menjawab, dah dua ke tiga tahun aku tak tak ada baju raya. Kemudian aku bertanya dia lagi, adakah pengertian Hari Raya yanag tertakluk kepada baju raya. Dan dia membalas, mestilah.
Aku ketawa sendirian di hadapan laptop. Kasihan kawan ku ini. Pada usia 24 tahun, pengertian Hari Raya padanya HANYALAH BAJU BARU. Sangat-sangat kasihan. Memang kita di suruh bergembira pada Hari Raya, tapi pada pendapat aku, janganlah di hadkan pengertian itu hanya kepada baju baru.
Sekiranya kawan ku masih berusia 15 tahun, aku masih boleh terima. Tapi, aduhai… alahai…
Some common sense maybe not so common anymore
No comments:
Post a Comment