Pertama kali berhari raya berempat. Aku pun baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Bilik guru penuh dengan kuih raya. Tapi aku saja (rasanya la) cikgu Melayu Islam yang tak beli apa-apa kuih raya pun. Bukan apa, masa orang sibuk-sibuk order, aku tak ada gaji lagi. Boleh aja aku tempah, tapi kalau masa nak bayar tu tak ada duit, kan malu.
Ahad sebelum raya- pakat-pakat pergi Giant. Belila kuih tunjuk-tunjuk 5 bekas. Jangan kata kuih raya yang jualkat Giant tak de yang sedap. Yang penting kenala pandai pilih. Yang pastu, kuih raya yang aku beli dari satu pengeluar sahaja. Noraini Cookies. Boleh la makan. Buat-buat rasa. Janji ada kuih raya sudah.
No comments:
Post a Comment