Sunday, November 30, 2008

Down The Memory Lane... 1999-3 Agama 2

*
Semenjak dapat kad jemputan daripada kakak kembar (Muzai) dan adik kembar (Yuzai), aku asyik teringat kat kawan-kawan lama. Terutamanya dari kelas Agama 2. Tiga tahun sekelas, macam sebuah keluarga dengan Ketua Tingkatannya yang tak pernah berubah, Pian.
*
Kebanyakannya dah kerja. Ada yang sambung master. Yang dah kahwin sorang, yang bakal kahwin dua orang, yang dah bertunang sorang, yang berpacaran ramai, yang single; macam biasala... (aku memegang falsafah YSL-Young Single and Lovely. ihiks!)
*
Apa khabar agaknya mereka semua? Cerita terbaru yang aku dapat, mereka berkelah di Morib (tak pasti semalam atau hari ini). Seperti biasa, aku tak muncul-muncul. Reunion setiap tahun pada Hari Raya pun aku tak pernah ikut. Mula-mula kerana aku tak ada Friendster (kebanyakan maklumat di sampaikan di situ), tapi aktuviti mereka dalam setahun ini memang aku tak boleh nak ikuti kerana tanggungjawab yang lebih besar menanti. Siapa lagi penting, keluarga ke kawan?
*
Jadi, majlis kahwin si kembar nanti akan menjadi pertemuan pertama aku dengan mereka (tidak termasuk Neq dan Shimot yang pernah beraya di rumahku)
*
Apa khabar agaknya mereka?
*
Duduk dari kiri:
Mohd Shafihan (Pian), Ustaz Ismail, Cikgu Mohamad, Cikgu Ahmad Nizar, Pengetua, Cikgu Norashikin, Cikgu Nordin, Cikgu Mazidah, Ustazah Noraini, Nor Fazilah (Fazilah)
*
Berdiri dari kiri (baris pertama):
Nazatulshima (Shima), Siti Norbaya (Baie), Noraziah (Aziah), Hazieda (G-dot), Norhasimmah (Shimot), Norahidah (Neq), Yuzaine (Yuzai), Nurfarhana (Nana), Muzaiyanah (Muzai), Nora Hazurah (Nora), Azuraini (Azu), Misnawati (Mis), Nor Bahyah Fazlin (Bahyah), Ain
*
Berdiri dari kiri (baris kedua):
Hasbullah (Abul), Ruzaini (Paman), Mohd Fahmee (Fahmee), Mohd Hafiz (Hafiz), Amir Nor Azan (Amir), Mohd Fa'aiz (Faiz), Affendi (Fendi), Ismail Yudin (Mail), Mohd Faizul (Ajoi), Ashraf Haslam (Ashraf)
*
Mungkinkah ada Bahagian Kedua untuk entry ini... tunggu...

*

No comments: