Tuesday, January 20, 2009

Rezeki Suara

*
Sama ada percaya atau tidak, suara adalah salah satu elemen penting bagi seseorang cikgu. Pernah ada kawan aku berkata, cikgunya bersuara seperti itik yang dah lama tak jumpa air. Macam mana tu ya? Aku pun tak tahu. Tapi yang aku tau, ia memang sangat penting. Amat-amat penting.
*
Berapa ramai murid yang di luar sana berasa bosan kerana suara cikgunya?
*
Ramai.
Cikgu cakap slow
Cikgu cakap laju sangat
Dua respon ini adalah respon yang paling biasa.
*
Masa aku mula-mula mahu menjalani latihan mengajar, aku sangat takut sekiranya muridmurid aku tidak dapat mendengar suara aku. Aduh, aku bukan spesies 'loud speaker', bila bercakap satu Malaya tahu.
*
Tapi, apa yang aku risaukan menjadi sebaliknya. Suara aku cukup kuat untuk di dengari oleh murid-muridku.
*
Dan sekarang, suara adalah senjata untuk menarik perhatian muridku. Kadang-kadang aku terpaksa menyuruh murid yang duduk dekat dengan tempat aku berdiri untuk menutup telinganya dahulu kerana suara aku sangat kuat. Apa tak nya, bagi sebuah bangunan satu tingkat yang menempatkan empat buah kelas, suara aku boleh di dengari dari awal bangunan sehingga hujung bangunan. Dan sekiranya aku mendenda murid di luar kelas, suara aku dapat di dengari di blok bersebelahan setinggi tiga tingkat. Suara aku mampu di dengari dengan jelas sehingga ke tingkat tiga. Aduh!
*
Pernah pada tahun lalu salah seorang murid aku berkata:
Nasib baik cikgu tak kawin lagi. Kalau tak, macam mana la anak cikgu dengar suara cikgu yek
Ada juga yang cuba mencabar aku:
Saya nak tengok macam mana suara cikgu bulan puasa nanti
*
Aduhai anak-anakku bukan kah sudah ku bilang banyak kali, aku bekas ketua komander ketika bersekolah. Dan aku juga belajar latihan vokal daripada kelas teater ketika di universiti.
*
Oh ya, sebelum bulan puasa lagi aku dah berpuasa sunat untuk mengetahui kadar kebolehan dan kelantangan suara aku ketika berpuasa. Dan hasilnya, puasa atau tidak, kelantangan suara aku tetap sama.
*
Sebelum latihan mengajar juga aku sangat bimbang, adakah aku mampu mengawal pelajar-pelajar ku. Tetapi salah seorang senior aku dengan selamba berkata:
Ain, Ain jangan risau. Tak kan ada masalah punya. Ain tau tak, sebenarnya Ain ni MAK TIRI...
*
Aduh, baru ku tahu waktu itu. Mula-mula aku tak percaya, tapi, YA, sekarang ia benar-benar terbukti!
*Cuba lihat gambar di atas. Mereka semua adalah guru-guru Bahasa Inggeris (ketika gambar di ambil, mereka masih berstatus pelatih). Adakah mereka kelihatan garang? Beri pendapat anda.

*

3 comments:

ღnFashyaღ said...

ain...ko xsedar ke ko mmg mak tiri dari kat APS lagi...wakakaka

ay_yusof said...

chee-cak: ahaha

ay_yusof said...

chee-cak: patutla takde sape ngurat aku time skola dl. nghahahahahahahahahahaahhahahahaha