Friday, June 05, 2009

Tanda (2)

Aku telah di 'tag' oleh dua orang member zaman seklah dulu. Hampess... pasni janji tak nak 'tag' sesiapa lagi. Sebab malas nak layan semula.

>Telah di 'tag' oleh:
Cicak
Prof Jenggo

>Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini:

Cicak
i. bakal berkahwin bulan 8 ini... hajat di hati nak kahwin masa birthday sendiri la...
ii. ketinggian yang rasanya tak berubah sejak sekolah dulu
iii. trademark yang menunjukkan bahawa dia adalah kakak kepada Epah adalah pipinya yang sama dengan adiknya
iv. pernah satu universiti dengan aku dulu
v. blogger yang memang suka tayang gambo sendiri. hahahaha... (gelak jahat!)

Prof Jenggo
i. my best boyfriend
ii. aku dah kenal dia sejak aku form 1 lagi, tapi dia cuma kenal aku masa aku form 4. tak aci!
iii. living version of Brother Bear... hehehehe...
iv. ayat pertama yang dia ucapkan kat aku hampir 10 tahun lalu adalah, "dulu aku ingat kau ni bisu tau..." hampehnye ayat...
v. dah dekat 2 tahun aku tak jumpa dia.

> setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta ataupun hobi diri sendiri
i. mempunyai koleksi baju kurung (termasuk baju batik dan jubah) yang boleh di 'rotate' selama 2 bulan bagi 5 hari bekerja...
ii. sangat malas menggosok baju sehingga baju- baju kerja di 'iron' seminggu sekali sahaja
iii. mula memakai cermin mata sejak darjah 5
iv. mula berjinak- jinak memakai kanta lekap sekitar 2 bulan setengah yang lalu
v. gemarkan haruman yang berbau makanan (amorito~ cokelat, be delicious~ epal)
vi. pengumpul novel- novel yang di tulis oleh Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid
vii. novel cinta yang paling di minati ialah "Lembing Awang Pulang ke Dayang"
viii. meminati bidang sastera sejak kecil lagi, antara bacaan awal adalah Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malin Deman, Anak Mat Lela Gila, Musafir, Melati Kota Baharu, Lembing Awang Pulang ke Dayang, ... yang lain dah tak berapa nak ingat dah.
ix. pernah berkongsi duit untuk membeli sebuah buku dengan roomate (Faiz, I miss u!), yang bertajuk Tentang Cinta tulisan Pahrol Mohd Juoi. minat sangat dengan apa yang Ustaz tu tulis!
x. dalam misi yang tak berapa mustahil untuk mencari sesuatu yang di akhirnya akan mendapat jawapan yang pasti...

> anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
tanak tag sape-sape pun. kalau nak buat, buatla sendiri! Hmph!

2 comments:

ღnFashyaღ said...

hahaha....serik!!! :p

ay_yusof said...

bukan serik. tapi malas
wahahaha...