Tuesday, May 26, 2009

Pengalaman Saya di Stesen Petro*as Malam Kelmarin


Malam kelmarin bukanlah seperti malam- malam Selasa yang biasa. Selalunya malam Selasa, saya akan berada di rumah membuat kerja- kerja yang patut sambil menonton rancangan kegemaran saya, Bones. Tapi, malam kelmarin, saya mengajar di pusat tuisyen (ya, kehadiran sangat memberansangkan 8/18).
*
Pulang dari pusat tuisyen, saya ke Stesen Petro*as. Saja- saja memeriksa baki akaun. Alangkah terkejutnya! Tiba- tiba baki akaun saya mencecah lima angka. Cepat- cepat saya lihat jam tangan. Fuh… lega. 25 haribulan rupanya… dah gaji.
*
Keluar dari Stesen Petro*as, saya menuju ke kereta. Kereta Proton putih masih ada di parkir di sebelah DatsUn. Kali ini, ia tidak kosong. Ada seorang mamat berbaju putih sedang khuyuk bermain dengan telefon genggamnya.
*
Sebaik sahaja saya menghampiri DatsUn, mamat tersebut bergegas duduk dengan betul. Dari mula saya membuka pintu, memasukkan kunci, menghidupkan enjin, memasang lampu dan menghidupkan radio sampailah saya mengundurkan kereta dan berlalu, mamat tersebut masih duduk terpaku.
*
Ini bukan kali pertama.
*
Saya tahu ramai yang pelik melihat saya memandu DatsUn. Pernah, seorang makcik dan suaminya merenung saya dengan cara yang serupa. Itu belum lagi mamat- mamat Kolej Komuniti YPJ. Ada saya peduli? Tidak.
*
Hasilnya, walaupun kadangkala DatsUn di bawa oleh Ayah, akan ada anak- anak yang melambai. Faham- faham sajalah, anak- anak tersebut adalah pelajar di sekolah saya.
*
Arwah Mak pernah berkata, “tak hidup di puji, tak mati di keji”. Betul, walau berbakul- bakul kejian di berikan kepada saya hanya kerana memandu DatsUn, hidup saya tidak terjejas. Salah seorang pelajar yang pernah menumpang kereta saya berkata, “alah, biarkan sahaja mereka kutuk kereta cikgu. Dia tak tahu, tanpa kereta DatsUn ini, tidak akan ada kereta Proton”.
*
Terima kasih anakku.
*
Maka dengan itu, saya masih berbangga dengan Datsun!

4 comments:

Anonymous said...

adakah aku ada kesempatan nak naik kete tu...heheheh....macam best je...heheheh...bole la syg lain kali eh..bile2 i trun segamat lagi

ay_yusof said...

jeng: kena tunggu turn ye...aq dh janji dgn Mr. A utk bkw dia jejalan dl. daaa...

K.H said...

Gadis bawa Datsun, wah mesti ranggi.

ay_yusof said...

indrasakty: iya, saya memang ranggi..
cermin mata hitam ray ban, baju kurung jahit sendiri, sandal primavera, handbag paris hilton... bawak kete DatsUn. wakakaka...
tak match langsung
;P