Saturday, May 23, 2009

Edisi Pra- Perkahwinan

(maaf, entri ini tidak bermaksud yang saya bakal berkahwin dalam masa terdekat ini ya...)
*
Sejak tahun lepas, sejak saya mula bekerja, seringkali saya diajukan Soalan-Cepu-Cemas. Kepada mereka yang tidak tahu apakah itu Soalan-Cepu-Cemas yang sering diajukan pada saya, di sini dengan senang hati saya menaip soalan itu;
"Bila nak kahwin?"
*
Iya, itulah soalannya.
Berdasarkan tarikh yang tertera di sijil kelahiran saya, saya bakal berusia 25 tahun pada bulan Ogos nanti. Dan Soalan-Cepu-Cemas sangat kerap diajukan kepada saya sehingga saya telah membuat satu larangan kepada para pelajar Tingkatan Satu yang saya ajar bahawa soalan ini adalah soalan yang di larang sama sekali dalam kelas saya.
*
Iya, itulah soalannya.
Mana tidaknya, anak- anak Darjah Lima yang saya ajar di pusat tuisyen juga bertanyakan soalan yang sama pada saya. Maaf, tidak ada soalan lain kah? Tapi saya maafkan anak- anak Darjah Lima itu kerana mereka (mungkin) belum mumaiyiz.
*
Sebetulnya, adakah mereka ini kekurangan soalan atau sebenarnya mereka merasakan bahawa soalan ini adalah soalan yang paling sesuai untuk memulakan perbualan kecil (small talk)?
*
Satu ketika dulu (ketika arwah emak masih hidup), saya pernah berkata: "Kalau ada makcik- makcik tanya saya bila nak kahwin, saya akan balas, 'Kalau nak suruh saya kahwin esok pun boleh, tapi makcik kena la sedikan semuanya untuk saya. Saya ni harta pun tak ada. Jangan lupa sertakan sekali bakal suaminya juga sebab saya tak ada calon lagi".
*
Dan arwah cuma ketawa.
*
Bagi yang mahu berkahwin, kahwin lah. Saya pasti mereka juga pernah melalui saat- saat yang sama seperti saya diajukan Soalan-Cepu-Cemas. Dan kepada ibubapa, sila jangan ajar anak- anak anda bertanya kepada orang lain dengan sesuka hati Soalan-Cepu-Cemas ini. Ia tidak lucu, dan mungkin akan menyebabkan ada hati yang terguris.
*
Kepada yang masih inde (iya, bunyinya sangat sedap dalam entri ini!), nikmatilah hidup ini sepuasnya selagi anda masih inde... Kepada yang masih mencari, teruskan mencari.
*
Ketika entri ini di taip, lima orang guru di sekolah saya telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam tahun ini (dua dari mereka bertugas di sekolah saya). Bakal menyusul dua orang lagi dalam masa terdekat (cuti sekolah nanti).
*
Ada yang sudah gatal- gatal mulut bertanya, "Nak pass baton pada siapa pula lepas ni?"
*
Jangan harap nak pass baton pada saya ya! Ini adalah amaran keras dari pemandu drift kereta DatsUn.
*
Jika ingin tahu kenapa saya masih inde, sila baca entri seterusnya...
*

No comments: