Sunday, May 24, 2009

Why I am still alone… a lone ranger

*
Maka tersebutlah kisah suatu hari aku pergi berjumpa dengan Power Rangers. Itu pun selepas bertahun-tahun aku melihat mereka beraksi di kaca tv. Hati kecil aku ini pun tergeraklah untuk berjumpa dengan mereka. Kami bertemu di suatu tempat (dirahsiakan atas alasan-alasan keselamatan). Maka aku pun memulakan bicara.

Aku: Sesungguhnya aku datang ke mari bertemu kamu semua dengan membawa hajat.
Ranger Merah: Apa hajatmu itu?
Aku: Sebenarnya aku berhasrat untuk menyertai kalian semua. Adakah kamu setuju untuk menerimaku ke dalam kumpulan kamu?
Ranger Putih: Hmmm… let us think about this first? (wise)
Ranger Merah: Tidak! Dia hanya akan menyusahkan kita kelak! (arrogant)
Ranger Hitam: Aku tidak bersetuju menerima dia di dalam kumpulan Power Rangers ini! Dia hanya akan mennyusahkan kita sahaja. (prejudice)
Ranger Biru: Apa kata kita pertimbangkan dahulu? Aku rasa dia berpotensi untuk membantu kita dalam misi menyelamatkan dunia. (kind)
Ranger Hijau: Aku atas pagar. Aku ikut keputusan majoriti. (indecisive)
Ranger Silver: Hmm… (?)
Ranger Putih: Kembalilah semula selepas tiga hari. Kami akan memberikan jawapan kami. Bertemu lagi selepas tiga hari, di sini, pada waktu yang sama.
*
Maka berbincanglah sekalian Power Rangers itu. Selepas tiga hari dan tiga malam mereka berbincang, maka sampailah hari yang di janjikan.
*
Ranger Silver: Kami telah berbincang dan sebulat suara mencapai keputusan. Berat rasanya hati untuk menyampaikan, tetapi aku telah di lantik untuk menyampaikan keputusan ini kepada kamu.
Aku: Katakanlah apa hasil perbincangan kamu itu. Aku tidak akan marah dengan apa pun keputusan yang telah kamu semua sepakati.
Ranger Silver: Kami sepakat UNTUK TIDAK MENERIMA KAMU KE DALAM KUMPULAN KAMI. Tetapi, untuk tidak mengecewakan kamu, kami semua setuju untuk memberikan satu anugerah/ gelaran kepada kamu.
Aku: Apa dia?
Ranger Silver: Kami sepakat untuk memberikan kamu gelaran LONE RANGER.
Aku: Terima kasih. Aku berbesar hati untuk menerimanya.
*
Maka, sejak dari itu aku memakai gelaran itu.
*
(ini hanyalah rekaan aku semata- mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah pergi)
*
*
*
*
Ingin tahu kenapa Lone Ranger yang di gunakan? Teruskan membaca...
*
Ia terjadi sekitar awal tahun 2002, sebelum keputusan SPM 2001 di umumkan. Sebagai seorang (bekas) murid yang mithali (saya sangat cintakan Alma Matter saya!), saya rajin melawat ke sekolah untuk bertemu dengan guru- guru dan adik- adik junior. Pada satu hari, saya di tegur oleh (bekas) guru tingkatan saya Cikgu Norzana, "Awak ni rajin ye datang sekolah semula. Tapi kenapa tiap kali awak datang, mesti seorang je? Awak ni macam Lone Ranger la"
*
Adakah anda sudah nampak perkaitannya?
*
Dan berjalan/ merayau/ meronggeng secara solo adalah tabiat yang masih saya tidak boleh elakkan.
*
Dan saya akan terus berjalan/ merayau/ meronggeng secara solo...
*
(p/s: saya rasa Cikgu Norzana pun dah tak ingat yang dia pernah cakap macam ni pada saya...)

No comments: