Wednesday, December 30, 2009

Sindorm Pra Sekolah

*
Bukan, bukan. Ini bukan sindrom yang terjadi pada budak- budak yang baru nak masuk sekolah. Tapi sindrom yang terjadi pada aku bila sekolah dah nak buka semula. Okay, mungkin tak sepenuhnya datang dari aku sendiri, tapi dari pihak pengurusan sekolah.
*
24 Disember 2009
Menghadiri (baca: gantikan tempat orang) taklimat e-Kasih di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah, Muar. Dua slot. Slot satu ngantuk habis, slot dua ada umphhh. Penceramah pun cun (sempat ushar heels dia yang mengancam habis!)
*
28 Disember 2009
Mesyuarat pertama untuk sesi persekolahan 2010. Sesi dimulakan dengan takwim sekolah, jawatan- jawatan yang disandang, hal- hal kewangan. Edisi warm up yang paling hip, hot dan hangit adalah pengiraan headcount. Cikgu- cikgu yang baru masuk sekolah 'ni nampak blur 'ja. Ha ha...
Jawatan yang bakal disandang tahun 2010
> Guru Tingkatan 2A (-_-")
> Guru BI Tingkatan 2A, 1A, 1C,1F,1G =D
> Guru Anti Dadah (yes!!! suka)
> Guru Kebajikan (apa kes?)
> Guru Pengawas, hah???????
*
29 Disember 2009
Pagi: Jualan buku di koperasi bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Tak ramai budak Tingkatan 4 yang datang, sebab tak tahu masuk kelas apa. Ada yang datang menyongeh 'ja. Dah baik-baik buat list buku, h****m dia tak beli. Cuma nak buku kerja 'ja. Kena potong balik list tu. Haish!
Petang: Mesyuarat Panitia. Tak pasal- pasal aku kena jadi setiausaha Panitia BI. Haish. Tapi yang bestnya, dapat pinjam kamus elektronik (semua cikgu BI dapat seorang satu). Mula guna dengan main game Tetris (-_-")
*
30 Disember 2009
Pagi: Jualan buku di koperasi bagi pelajar Tingkatan 2 dan 3. Kaunter penuh sesak. Ada pula budak- budak Tingkatan 4 dan 5 baru nak beli buku. Kalau tengah sesak, kena halau 'ja. Bukan tak bagi tahu awal- awal. Sendiri cari pasal. Hangin betul.
Mula berjual pukul 8 pagi.
Habis berjualan 12.30 tengah hari.
Waktu pulang 2.30 petang.
Sampai rumah pukul 3 petang.
Gara- gara-> bungkus buku pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan untuk hari esok.
If yesterday was bad, today is worse and tomorrow will be worst!
Petang: Kalau ikut status di Facebook, sepatutnya bagi makan rimau. Tapi rimau bercuti dari makan sampai minggu depan (3 Januari 2010). Dah macam budak sekolah pula rimau ni. (-_-")
*
31 Disember 2009
(Akan dilakukan)
Pagi: Jualan buku di koperasi bagi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
Petang: Nak buat apa ya?
*
1 Januari 2010
(Akan dilakukan)
Pagi: Mesyuarat Jawatan Kuasa Disiplin dan Pengawas. Tak pasal- pasal kena datang. Baru ingat nak me'ronggeng rokiah' dengan Mr. K ke Melaka. Apa kes?
*
Tapi sebenarnya, mood nak kembali ke sekolah sudah lama aku dapat, sejak mula cuti lagi.
Satu: Berusaha keras mencari buku-buku rujukan dan latihan baru bagi teks sastera baru Tingkatan 1
Dua: Berusaha (dengan gigihnya) menyiapkan Perancangan P&P Tahun 2010 bagi Tingkatan 1 dan 2. (Ketua Panitia minta satu salinan sebagai panduan Panitia ihiks~~~)
Tiga: Mengumpul, mengasing dan melabelkan baki- baki lembaran kerja tahun ini. Dah siap boleh buat portfolio seh.
*
Sungguh, kalau aku tak jadi cikgu yang lebih baik dari tahun ini memang tak patutla. Rancang 'ja lebih.
*
We do not plan to fail, but instead, we fail to plan. So, work out your plan. If you do not want to fail.
*

2 comments:

aizyan said...

huhu bestla ain..dh tau thn depan nk ajar ape..aku esok br meeting..subjek nk ajar pun x tau lg..sblm ni pakai sumbat je ganti cikgu yg pindah..so wait n see la either dpt opsyen or not.. jgn 1/2 dr timetable aku kena ajar sivik sudah..x suke2..huhu kalo moral ok gak

ay_yusof said...

hah, ada yg meeting lamabt gila camni?
aq mmg xkn dpt ajar subjek yg mengarut2. paling tinggi pn kena ajar pj je...