Sepatutnya 2 Arif. Kemudian saya tukarkan menjadi 2 Ain. 2 Ayam. Kadangkala 2 'H terkangkang' (sila bayangkan sendiri huruf H yang terkangkang). Akhirnya menjadi 2 Accident. Kenapa?
*
Sebelum rombakan semula kelas, anak-anak saya dari kelas 2 A adalah legasi 1 A tahun lalu. Orang pertama yang 'potong kek' adalah H.J. Orangnya halus sahaja tetapi tinggi. Stail rambut botak dan kadangkala ala Mawi. Cuma baru-baru ini sahaja dia menyimpan rambut. Dalam hati sudah ada taman rasanya =)
*
Awal pagi lagi saya mendapat perkhabaran dari dua orang kakak H.J. bahawa tangannya patah ketika menjadi penjaga gol ketika bermain futsal. Sungguh, pada pagi itulah baru saya kenal siapa kakaknya dari emak yang sama (H.J. anak dari emak yang kedua). Erk, ha ha. Sekarang saya sudah kenal Ibu, Ummi dan Mamanya.
*
Ini diikut oleh Pak Yeop. Patah kaki. Juga kerana kemalangan (tak ingat kerana apa).
Kemudian N.H. kemalangan ketika bulan Ramadhan.
Apam juga kemalangan dalam bulan Ramadhan.
Mat Rempit Sejati jatuh motor 4, 5 kali rasanya tahun ini. Setiap kali kemalangan, pasti dia hantar sijil cuti sakit yang ditandatangani oleh pempantu perubatan yang sama. Agaknya abang tu pun dah kenal dia.
A.F.G. juga kemalangan.
Anak Pak Yeop kemalangan sekali lagi. Dulu tangan, sekarang kaki pula.
Budak Trojan Pacak menutup 'buku cerita' 2 Accident. (Kemalangan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun. Ini betul-betul ikut frasa break a leg!).
*
Oh, di antara itu terselit dua orang pelajar perempuan yang juga kemalangan kerana dibelasah oleh abang mereka. Datang sekolah dengan mata lebam. Agak-agak la kalau nak bergurau pun. Adik awak tu bukan punching bag!
*
Dalam pada itu, cikgunya pun kemalangan juga bulan Mac yang lalu. Maka lengkaplah buku cerita 2 Accident ni agaknya... Harap-harap tahun depan tak jadi guru tingkatan kelas A lagi.
*
Jangan kata saya yang doakan mereka kemalangan, kerana nama ini saya berikan ketika mereka bulan terakhir sesi persekolahan mereka.
*
Sekarang beritahu saya, signifikan atau tidak nama 2 Accident ini dengan mereka?
No comments:
Post a Comment