Friday, March 18, 2011

Fobia

(semalam entri yang agak emo. Maaf ye)

Saya takut naik basikal. Okay, motorsikal pun sama. Rasanya macam tak selamat, terdedah pada bahaya. Kalau saya naik motorsikal, saya akan pegang penunggangnya kuat- kuat. He he, maaflah kepada 3, 4 orang kawan yang pernah membawa saya naik motorsikal.

Puncanya?


Okay, abaikan gambar kaki yang tak lawa itu. Itu bukan roda basikal atau motor. Bukan, Itu roda kerusi roda. Sorong kerusi roda ni rupanya macam bawa kereta juga. Kalau tak pernah bawa kereta, err, macam sorong troli di pasaraya. Takkan tu pun tak pernah, kut?

Ketika saya kecil, (masih tak pandai bawa basikal) saya membonceng makcik saya menaiki basikal. Seronoknya pergh, macam pelakon dalam cerita Isabella! Kemudian, kakak saya (yang juga tak pandai bawa basikal sampai sekarang) menuntut untuk menjadi pembonceng pula.

Dek kerana keras kepala (sampai sekarang), saya enggan mengalah. Sudahnya, kakak saya berjaya juga membonceng dengan duduk di belakang. Saya? Duduk di palang basikal. Awal-awal lagi makcik saya sudah berpesan, jaga jaga kaki. Takut tersepit di celah jeriji basikal.

Tapi dek kerana syoknya naik basikal (bagi orang yang tak pandai bawa), saya terleka. Kaki saya tersepit di celah jeriji dan kami semua tergolek. The next thing that I know, kaki saya sedang diurut oleh arwah nenek. Rasanya itulah kali pertama saya pengsan.

Sampai sekarang saya tak pandai naik basikal T_T

Rugi.
Sekian. Saya nak pergi kerja hari ini. Ayah pesan, balik awal sebab dia nak pergi sembahyang Jumaat. Bahaya tinggalkan Incik Bulat sendirian di rumah.
Berkorban sampai terkorban perasaan sendiri.

2 comments:

ღnFashyaღ said...

Ala ain, statement last tu sedih a...

sabar ye ain, setiap org ada bahagian masing-masing. aku naik kancil, kau naik kenari....EH! Ade kene mengena ke?

ay_yusof said...

Berapa lama agaknya?

Kau naik kancil, aku bawa kenari. Lepas ni aku nak pergi terbang. Boleh tak? ^_^