*
Semalam adalah hari kolesterol. Aku makan nasi lemak, nasi beryani dan nasi lemak dalam masa kurang lima jam. Dan aku pengsan selama tiga jam selepas itu.
*
Bila aku dah sedar, malam tadi aku borak- borak dengan ayah aku. Maaf, malam tadi aku lupa nak padam lampu untuk Earth Hour. Aku memang lupa sesangat, dan masa itu, aku sedang menggosok baju (hah!)
*
Aku bagi tau ayah aku, masa aku pergi kenduri kahwin tadi aku jumpa Acik ***, tapi aku tak sempat salam dengan Acik tersebut, sebab dia baru nak makan, aku dah nak balik. Aku pun pot pet pot pet pasal Acik tu pada ayah aku.
*
Kemudian aku kata, "sekarang nih, kalau Ude jumpa Acik *** time salam, dah takde cium tangan lagi, dah laga- laga pipi 'ja." Ayah aku balas, "tu la, dari masa **** kawin lagi ayah dah perasan. Lain macam je. Kot- kot dia berkenan nak jadi kan ko menantu dia tak? Hahahaha"
*
Gulp. Menantu??? Oh ya, walaupun aku selalu sokong dan setuju dengan apa yang ayah aku cakap, kali ni aku terkedu. Biar betul ayah?
*
"Ala, dia pun bukan ramai sangat akan perempuan. Yang sorang dah kawin, sorang lagi sekolah lagi. Dia pun takde member nak borak agaknya". Ayah aku ni nak cover line kot. Cam tau- tau je aku dah cuak.
*
Untuk Acik ***, saya tau Acik tak baca blog saya. Tapi berdasarkan sumber yang sahih (saya dapat dari salah seorang anak Acik tau!), anak Acik nak cari calon sendiri. Rasa- rasanya saya tak pernah masuk dalam list dia pun.
*
Bukan pesimis, tapi aku realistik
*
p/s: Suami kepada Acik *** juga hug dan tepuk-tepuk bahu ayah aku ketika bersalaman. Adakah Acik *** dan suaminya telah membuat pakatan strategik? Oh tidak, tak kuasa aku nak pikir
No comments:
Post a Comment