Sunday, February 27, 2011

Bila Ayahanda Buat Lawak

Membayar bil-bil setiap bulan adalah tanggungjawab aku. Dahulu, ketika Ayah masih menggunakan perkhidmatan pasca bayar, Ayah seringkali enggan membenarkan aku membayarkan bilnya. Tetapi sekarang, adalah wajib untuk aku melakukannya. Sebabnya, sekarang Ayah menggunakan pra bayar =)

Kali pertama aku mendapat bil telefon, Ayah merungut. "Mahalnya! Kau buat apa dengan handphone kau tu?" Aku membalas, "main Facebook."

"Huh, membazir je. Dah la bulan-bulan bayar bil Internet, pakai Internet lagi kat handphone."

Aku diam sahaja. Ya, memang salah aku.

Bulan ini, bil-bil tiba, tetapi aku tak sempat menjelaskannya sebelum aku berkursus (er, bertaklimat?) di JB. Sehari selepas pulang dari JB, aku segara menyelesaikan bil-bil tersebut. Sementara menunggu barisan yang tak berapa panjang, aku membaca jumlah yang aku perlu bayar. (Ayah dah kira siap-siap)


Caitttt, mentang-mentangla aku kata aku guna handphone untuk main Facebook, boleh pula Ayah tulis bil handphone aku sebagai Facebook.

Ya, bil eletktrik (api) rumah aku percuma. Bil telefon rumah juga sebenarnya percuma. Ayah salah baca bil.

Err, Selamat hari Jadi Ayah! Berapa umur Ayah ye? Sebab umur Ude 16 tahun lagi~~~~

Saturday, February 26, 2011

The Sound of Your Heartbeat...



...could be the best song I've ever heard.
Another one month to go before our 6th month anniversary.

Thursday, February 24, 2011

Lawatan Sambil Belajar

Acapkali, kalau aku turun. Kau akan menjengukku dua kali. Tetapi kali ini, kau menjengukku hanya sekali. Giliranku pula untuk menjengukmu.

Nah, apa yang kau dapat hasil dari lawatan itu?

^-^

Wednesday, February 23, 2011

Tragedi PK 1

Anak-anak saya menjawab soalan Penilaian Kurikulum 1 hari ini. Ketika kertas Pendidikan Islam, saya berada di kelas terakhir bagi tingkatan satu. Selesai mengedarkan soalan, saya mengarahkan mereka menjawab soalan. Anehnya, mereka tercengang.

Kata mereka, "macam mana nak jawab soalan ni cikgu?"

(Sila abaikan papan hitam yang sangat teruk itu.)



Bagi soalan pertama, soalan ditaip dalam tulisan jawi, soalan yang lainnya tidak pula. Maka menjadi tugas saya pula untuk menterjemahkannya. Bila saya selak soalan yang lain, rasanya soalan yang disediakan termasuk dalam kategori mencabar bagi pelajar kelas hujung.


Kasihan anak saya. Yang menyediakan soalan pula adalah guru yang mengajar kelas itu sendiri. Tidakkah dia terfikir akan kemampuan pelajarnya untuk menjawab soalan tersebut?


Dalam sibuk membincangkan, patutkah cikgu mengajar semata-mata untuk peperiksaan atau untuk kegunaan dalam kehidupan, sebenarnya kedua-duanya perlu digunapakai. Janganlah nanti sampai pelajar pun tak tahu apa dan bagaimana nak menjawab soalan peperiksaan!

Wednesday, February 16, 2011

Observation

This morning I was observed by none other than my former Bahasa Malaysia teacher, Pn. NZ. Since I atarted teaching in July 2008, she is the only person who observe and give me marks. Ironically, almost everytime she observed me, I'll be teaching summary. Only twice I taught literature. *sigh* This might be a punishment to me as I was very weak in summary for BM when I was form four T_T

I am not afraid to be observed. But somehow, if the same person observes me for the past four years, I feel uneasy. I feel exposed. Although I am quite pretty sure that she doesn't really understand what I teach (of course she won't check on my grammar). I've counted, she had been observing me for six times! And I have a strong feeling that for the next semester, she'll be observing me. Again.

I would like to get opinon for different people, my Head of Panel, for example. Unfortunately, our schedule always clash. Most of the time, she'll be having calss when I'm having class too. How can she observe me?

Observation also gives me an uneasy feeling. It will bring me back to April 16th, 2008. I was observed by my leacturer (for minor). That day, I was teaching There's been a Death in the Opposite House (Emily Dickinson). I taught my students about the people who are involved in a funeral. Without the jester in that class, my lesson was just like another funeral. Everybody just kept quiet. Either they stared at their book/handout or they stared at me.

After the lesson ended, my lecturer aske d me, what happened? My performance on that day was way too bad, compard to my previous lesson (I had two observations for my minor). I just shocked my head.

Little that I know, that I'll be attending my mum's funeral that afternoon.

Sunday, February 13, 2011

Calci Yum

Ada tiga orang cikgu baru melapor diri di sekolah saya. Seorang di Pendidikan Khas, dua lagi guru biasa. Pagi Khamis lepas, ketika perhimpunan, Puan NH menegur saya.

Kata Puan NH, "cukup kalsium betul cikgu-cikgu baru kita ni ye. Tinggi betul."

Balas saya, "baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya kita (saya) nampak muda selalu. Sebaya dengan pelajar."

Kalau saya pakai uniform sekolah, pasti ada yang kata saya pelajar sekolah. (Pernah juga kena tahan dengan polis, siap minta lesen memandu lagi. Ni mesti kes tak percaya saya dah cukup umur untuk memandu).

Mungkin cikgu-cikgu baru itu makan Calci Yum masa sekolah rendah dulu.

Teringat pula entri TokR yang satu ni.

Saturday, February 12, 2011

Pelanduk Semuanya Nampak Lebih Kurang Serupa

Anda pernah nampak pelanduk dengan mata kepala sendiri? Arr, saya tak pernah (seingat saya la). Bagi orang yang jarang atau tak pernah nampak pelanduk, jika ada sekumpulan pelanduk depan anda, bolehkah anda bezakan antara satu dengan yang lain?

Ini kisahnya (yang atas tu selingan/ intro saja).

Saya mengikuti rombongan menghantar pengantin. Kebetulan, pihak lelakinya orang daerah saya. Maka, pulang dari aktiviti Larian Perdana Makhota tadi, saya bersiap (dengan malasnya) ke majlis tersebut. Saya sesat sedikit, maklumlah kawasan itu memang saya biasa lalu sahaja, tak singgah pun.

Sampai di pagar rumah bersanggar, Mak Long A dan Mak Long B menyapa saya (kedua-duanya adalah sepupu Ayahanda saya).

Mak Long A: Eh, datang sorang je? Mana Cik Abang nya?
Saya: Cik Abang mana pula ni?
Mak Long B: Cik Abang yang selalu sebelah awak la.
Saya: Eh? Yang selalu kat sebelah kita dalam bilik guru, Cikgu L (perempuan).
Mak Long A: Parah ni, orang yang selalu kat sebelah dia pun dia tak ingat dah.
Saya: ???
Mak Long B: Alah, orang yang tidur sebantal dengan awak tu...
Saya: Bila masa pula kita (saya) kahwin???

Kedua-duanya membuat muka pelik, saya apatah lagi. Selepas beberapa saat baru saya perasan, rupanya mereka menyangka saya adalah kakak saya! Ha ha. Lawak sungguh. Nasib baik mereka tak bertanya, "kenapa perut kau kempis semacam, kata mengandung?" Sila kesali -_-" Padahal kami sekeluarga baru sahaja berjumpa mereka hujung minggu lepas. Sila kesali lagi -_-"

Serupakah saya dengan kakak saya? Dah namanya adik beradik, pasti ada iras-iras. Tapi yang pasti saya lagi gelap dari dia (oh, saya suka jadi gelap!).

Ini kisah adik beradik, kalau pelanduk di depan anda, bolehkah anda bezakan?

Yang tak kenal pelanduk, inilah rupanya. Nama lain bagi pelanduk adalah kancil.

Tuesday, February 08, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Mengikut zodiak Cina, tahun ini tahun arnab. Tahun lalu, saya gantung kalendar tahun harimau dalam kereta, tahun ini berganti dengan kalendar arnab pula. Tapi saya masih sayangkan harimau itu kerana harimau ini adalah penunggu setia saya (baca entri Penunggu).

Jadi untuk menggantikan ketiadaan penunggu harimau di dalam kereta, saya dapatkan harimau baru.
Memperkenalkan, Rintoo.

Rintoo kini adalah kawan kepada el tigre.

Friday, February 04, 2011

Anda Percaya Pada Kebetulan?

*Sila cari dan mainkan lagu Suratan Atau Kebetulan (nyanyian Kenny, Remy dan Martin) bila membaca entri ini*

Anda percaya?

Kadangkala saya mahu percaya ia telah ditakdirkan.

Seperti sudah tertulis bahawa saya akan menjadi pengapit banyak kali sebelum saya sendiri naik pelamin (jangan tanya bila).
Bahawa saya akan jadi cikgu bahasa selepas banyak kali saya menjadi penterjemah bahasa antara abang saya dan saudara mara ketika raya semasa kecil (abang saya pelat kerana lidahnya pendek).
Bahawa cinta saya pada Matematik sejak kecil tidak akan pudar dan disalurkan apabila saya mula bertugas menjadi seorang guru. Walaupun saya bukan guru Matematik, tetapi saya guru Koperasi (congak saya lebih hebat dari pelajar Tingkatan 2 kelas pandai- not bad bagi seorang yang dah cukup lama meninggalkan Matematik dan pelajar TESL adalah teramat maklum agak lemah mengira).

Saya enggan percaya. Bahawa saya dan kawan kesayangan saya mengalami perkara yang hampir serupa.
Saya selsema, dia selsema.
Abang saya masuk hospital, saudara dekatnya juga masuk hospital.
Sekarang ini...

Dia ada ulser, saya pun kena!

Dan anda pasti berkata bahawa lagu Suratan atau Kebetulan tidak ada kait mengait dengan entri ini. Sekian.

notablog: saya rindu kawan kesayangan saya. Dia sibuk :'(

Kembali

Blog saya bertapa selama hampir dua minggu. Sibuk dengan tugasan, sibuk dengan hal keluarga dan sibuk tersangkut di KL dek banjir.

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang berbangsa Tionghua. Saya tertanya-tanya sendiri, billakah agaknya saya berpeluang untuk menyambut Tahun Baru ini dengan saudara mara Cina saya?

Suatu hari nanti. Mungkin.