Sunday, March 27, 2011

Harapan

Kenapa menyatakannya kalau tahu ia tidak akan membawa ke mana?

Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) pernah mengatakan dalam salah sebuah bukunya, 'jangan mulakan sesuatu yang kita tidak mampu menghabisinya/ melunaskannya.'

Ada permulaan
penghujungnya samar.

Mungkinkah penghujung yang sama akan terjadi?

Saturday, March 26, 2011

Kerana Cinta

apabila perhubungan terdahulu berakhir


apabila ujian datang menimpa, hanya ajal memisahkan


apabila dugaan silih berganti
apabila jatuh ditimpa tangga.

Jangan persoalkan kesetiaanku. Kerana cinta, aku sanggup menjaga. Walau saat itu kau tak lagi berupaya. Kasih, bakti dan cintaku tetap padamu.

Friday, March 25, 2011

Gangguan Teksual

Keputusan SPM keluar dua hari lepas.

Telefon aku bising tot tet, tot tet ketika aku mengajar. 7 SMS masuk.

Bukan pelajar yang hantar, bukan. Aku cuma mengajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja.

SMS yang masuk adalah update dari FB.

notablog: kalau aku tak langgan update dari Fb, serupa aku tak payah pakai telefon. SMS dan panggilan cuma ada once in a blue moon.

Monday, March 21, 2011

Hati hati

Buat baik dengan anak-anak (murid) ada batasnya. Buat pedajal pun sama.

Jangan sampai nanti dia minta kau jadi mak tiri dia.









Aku dah kena tiga kali.


Hampeh punya budak.

Saturday, March 19, 2011

Fanatik

Tahu la guru anti dadah. Takkan kena buat macam ni?


Wallpaper laptop saya sekarang.

Entah kenapa, ketika mencari bahan berkaitan anti dadah di laman sesawang PEMADAM, saya tertarik dengan banner ini. Saya nak salahkan hormon saya sekarang -_-"

Baru terperasan, masuk entri ini, sudah 3 kali tajuk entri cuma satu perkataan. Kalau zaman sekolah dulu, punyalah payah nak cari tajuk karangan. Habis belek Kamus Dewan dari kulit ke kulit, selak Skor dan segala bagai buku rujukan.

Friday, March 18, 2011

Fobia

(semalam entri yang agak emo. Maaf ye)

Saya takut naik basikal. Okay, motorsikal pun sama. Rasanya macam tak selamat, terdedah pada bahaya. Kalau saya naik motorsikal, saya akan pegang penunggangnya kuat- kuat. He he, maaflah kepada 3, 4 orang kawan yang pernah membawa saya naik motorsikal.

Puncanya?


Okay, abaikan gambar kaki yang tak lawa itu. Itu bukan roda basikal atau motor. Bukan, Itu roda kerusi roda. Sorong kerusi roda ni rupanya macam bawa kereta juga. Kalau tak pernah bawa kereta, err, macam sorong troli di pasaraya. Takkan tu pun tak pernah, kut?

Ketika saya kecil, (masih tak pandai bawa basikal) saya membonceng makcik saya menaiki basikal. Seronoknya pergh, macam pelakon dalam cerita Isabella! Kemudian, kakak saya (yang juga tak pandai bawa basikal sampai sekarang) menuntut untuk menjadi pembonceng pula.

Dek kerana keras kepala (sampai sekarang), saya enggan mengalah. Sudahnya, kakak saya berjaya juga membonceng dengan duduk di belakang. Saya? Duduk di palang basikal. Awal-awal lagi makcik saya sudah berpesan, jaga jaga kaki. Takut tersepit di celah jeriji basikal.

Tapi dek kerana syoknya naik basikal (bagi orang yang tak pandai bawa), saya terleka. Kaki saya tersepit di celah jeriji dan kami semua tergolek. The next thing that I know, kaki saya sedang diurut oleh arwah nenek. Rasanya itulah kali pertama saya pengsan.

Sampai sekarang saya tak pandai naik basikal T_T

Rugi.
Sekian. Saya nak pergi kerja hari ini. Ayah pesan, balik awal sebab dia nak pergi sembahyang Jumaat. Bahaya tinggalkan Incik Bulat sendirian di rumah.
Berkorban sampai terkorban perasaan sendiri.

Thursday, March 17, 2011

Dilemma

26 March 2011

I've been waiting for this date since the past three months. The fact that this date will never be repeated again makes me waiting impatiently for the date. You can call me crazy, yes, I'm. I planned to be away from my hometown for that spesific reason. But, I cannot do that because of this...



Attending MASKARA Showcase is one thing, but I have something to do before that. Obviously you can see that it is clashed with Maulidur Rasul celebration at my school.

One might say that it is better for me to attend the celebration instead of attending MASKARA for obvious reason. The celebration is way much better than MASKARA. (But if you come and attend it, you will know the ugly truth)

Some will say I can attend both, since the celebration will be on morning and MASKARA will be at night (Earth Hour supports MASKARA, yeah!). But mind you, I save the date for the past three months not because of MASKARA, but MASKARA is actually something that I can use to cover the thing that I've planned. The idea or travelling on Saturday afternoon and come back on Sunday is a bad idea for me.

With the current condition at home, *sigh* I do not have many options. Sometimes I just hate the fact that I have to sacrifice again and again. At the end of the day, I'll do it half heartedly. Not because I want to, but I have to. That's what we call responsibility.

If only I can talk to you.

Tuesday, March 15, 2011

Ucapkan Selamat Tinggal...

kepada UPM.

M. Ed (TESL) tidak ditawarkan untuk program PJJ. Mari cari universiti lain.

Sedih juga sebenarnya. Rindu fakulti, rindu berpoya-poya di foyer, rindu makanan murah di kafe fakulti, rindu DKAP (Dewan Kuliah Atas Pelantar, kata Aan), rindu konti Putra.fm (yang sejuuuk bangat!), rindu Astaka Seni (tempat menari chewwah!), rindu Panggung Percubaan ^_^, rindu Bukit Ekspo, rindu Mid Valley... eh, ha ha.

Tapi keadaan keluarga sekarang rasanya tak membenarkan aku untuk sambung belajar dulu. Bila agaknya ya?

Friday, March 11, 2011

Bermadu

Dua minggu yang lalu, saya menghadiri taklimat berkaitan koperasi anjuran ANGKASA. Itu pun selepas bendahari dan setiausaha koperasi bertolak-tolak tidak mahu pergi. Maka, saya dengan rela hati menggantikan mereka selepas GPK 1 dan GPK Ko Kurikulum juga menolak untuk pergi (padahal apabila tiba, ramai juga Pengetua yang datang). Kenapa saya tidak menolak? Sebab kursusnya di Johor Bahru! Yeay!

Sebelum pulang, setiap guru yang menghadiri taklimat itu mendapat sedikit cenderahati. Kemudian, pengacara majlis yang sporting pun naik ke pentas dan memberikan beberapa maklumat tambahan. Dengan nada berseloroh, sang pengacara majlis berkata, "kalau cikgu-cikgu lelaki ni dapat bawa balik madu seorang satu, dah cukup baik dah" dan disambut dengan ketawa besar dari semua peserta taklimat.

Saya juga pulang dengan madu saya.
*
*
*
*
*

Kawan kesayangan, awak ingat siapa madu saya? Ha ah ha.

Thursday, March 10, 2011

Soalan dan Jawapan

Arahan soalan: Rewrite these sentences by using one word or a shorter phrase to replace the underlined words.

Soalan: My auntie is a beautician in a shop that sells lipsticks, powders, creams and cleansers.

Jawapan 1

Jawapan 2

Soalan: This neat beautiful painting was given to me by my friend who draws to earn a living.

Jawapan

Soalan: We followed every word of her instructions and after many attempts, we got the answer right.

Jawapan:



Motifff???

Wednesday, March 09, 2011

Pengalaman Saya Kurus

... satu ketika dulu.

Tapi ini tidak bermakna saya gemuk sekarang. Tidak! Berat badan saya masih ideal.

Saya membaca blog Kak Pnut yang bercerita tentang Diet Atkins dan tiba-tiba rasa seronok. Tapi itu tidak bermaksud saya akan mengikutinya. Saya termasuk dalam kategori yang akan disumpah oleh rakan sejawat sekiranya saya berdiet. BFF saya kata saya pendek, kawan kesayangan saya kata saya petit. Okay, dua-dua saya terima ^_^

Berat saya tidak berubah sejak habis SPM. Cuma dua kali sahaja saya kurus dalam kategori melayang jika ditiup angin. Percayalah, ia pernah terjadi kepada saya.

Pertama pada tahun 2006. Saya sibuk dengan subjek ko-kurikulum, teater, bulan Ramadhan dan ya, saya baru cabut gigi bongsu ketika itu. Percayalah, saya sudah menjadi seperti papan lapis ketika itu. Sebelum pulang beraya, saya timbang berat badan (yang tak berat) di sebuah pasaraya. Saya turun 10 kg. Berat saya ketika itu sama seperti ketika saya di sekolah rendah. Saya tahu saya kurus (penanda aras saya adalah cincin belah rotan yang saya pakai, longgar habis!), tetapi tidak menyangkan seekstrim itu.

Kedua pada penghujung tahun 2007. Saya diet duit, muahahaha... Diet yang sangat berkesan sekiranya seseorang pelajar itu sengkek. Sebetulnya saya menyimpan untuk praktikum pada tahun hadapannya. Elaun yang diberi kerajaan kecil (tapi masih bersyukur sebab tak payah bayar) dan elaun FAMA ketika itu sedikit terganggu. Saya berpuasa Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Ditambah lagi dengan keletihan menguruskan keluarga, ketika inilah saya pernah hampir melayang di tiup angin. Sudahlah ketika itu saya membawa payung. Saya rasa seperti Mary Poppins. Teruk sungguh rupa saya ketika itu. Tapi nasib baiklah tak ada yang melihat.

Kesimpulannya, saya tak perlu dan tak nak kurus sangat. Bak kata Ayah saya, 'perempuan, kalau kurus sangat, buruk rupanya'. Okay, saya ikut cakap Ayah!

^_^ sangatlah anak Ayah.

Monday, March 07, 2011

Undilah Saya!


Hai semua! Hari ini saya ambil alih blog Cikde saya sebab hari ini hari jadi saya. Cepat, semua pembaca kena ucap selamat hari jadi pada saya! He he ^_^

Semalam, ibu SMS Cikde. Dia suruh Cikde undi gambar saya bagi pertandingan bayi comel kelolaan Babymanja. Cikde pun tak jadi menanda buku karangan 1 Excel. Dia terus online, masuk Facebook dan cari pertandingan ini. Alamak, ibu lupa nak beritahu Cikde, dia kena like Babymanja Fans Club dulu baru boleh undi saya. (Kalau nak tahu, Cikde like fanpage tersebut, tapi dia removekan dari wall dia. Agak-agak kenapa ye?)
Jadi, ini gambar yang ibu pertaruhkan untuk pertandingan tersebut. Rasanya ibu pilih gambar ni sebab gambar inilah yang paling comel dalam simpanan ibu. Gambar- gambar lain saya yang comel semuanya dalam simpanan Cikde. Saya tahu, Cikde rindu kat saya selalu. Sebab, kan saya boifren kecik dia. =)

Pembaca sekalian pun undilah saya ye. Kalau saya menang, ini boleh jadi hadiah hari jadi saya yang pertama dan hadiah ulang tahun kedua perkahwinan ibu dan ayah. Cepat ya semua!

Okaylah dah banyak saya bercerita ni. Saya dah penat. Saya nak pergi minum susu dan makan nasi lauk kuah masak lemak. Itu makanan kegemaran saya sekarang ni.

Babai!
Er, jangan lupa undi saya ye! Sayang semua!

Saturday, March 05, 2011

Dua Minggu Yang Sibuk Dalam Hidup Saya (Sampai nak Pengsan)

Isnin (28/2./2011)
Pengacara majlis Pelantikan Pengawas sesi 2011, Pelancaran Bulan Antidadah. Pulang awal. Malam tuisyen.

Selasa (1/3/2011)
Mesyuarat guru, mesyuarat jawatankuasa Mesyuarat Agung Koperasi, latihan rumah sukan.

Rabu (2/3/2011)
Stay back sebentar. Survey barang untuk menghias kelas. Pecut ke UiTM, edit skrip.

Khamis (3/3/2011)
Latihan rumah sukan (terpaksa uruskan semuanya kerana ketua pergi mesyuarat).

Jumaat (4/3/2011)
Pecut ke UiTM, tengok latihan sketch, cabut lari bila pensyarah sampai ^_^. Merayau ke bandar, beli barang untuk kelas. Malam, potong plastik alas meja.

Sabtu (5/3/2011)
Membersih, mengemas, mengecat dan menghias kelas dari pagi sampai petang. I was sweating like horse.

Ahad (6/3/2011)
'Melepak' di rumah sambil mengemas rumah dan gosok baju kerja stok seminggu.

Isnin (7/3/2011)
Sukantara. Malam, tuisyen.

Selasa (8/3/2011)
Pengacara majlis Mesyuarat Agong Koperasi, mesyuarat guru, Sukantara.

Rabu (9/3/2011)
Mungkin stay back. Tanda buku yang sudah menggunung.

Khamis (10/3/2011)
Pengacara majlis Ceramah Antidadah dari Agensi Antidadah Daerah. Pengacara majlis Pertandingan Deklamasi Sajak Antidadah sempena Bulan Antidadah.

Jumaat (11/3/2011)
Basuh baju? Pengsan? Bertolak ke JB?

Sabtu (12/3/2011)
Mewajibkan diri berada di JB. Sehari pun jadi lah.

Ahad (12/3/2011)
Teman Ayahanda ke kenduri kahwin.
*
*
*
*
*
Saya nak pengsan. Oh, 15/3 ni Ayahanda dah booking awal-awal. Nak ajak ke hospital.

Wednesday, March 02, 2011

MC and MC



I have a story to be told. But I do not have enough time. Just enjoy these three pictures first.