Dua penulis yang sering saya kumpul hasil kerja mereka adalah Ramlee Awang Murshid (RAM) dan Faisal Tehrani (FT). RAM saya gemari kerana ada banyak elemen pertarungan, tembak menembak, darah (psycho betul budak ni). Tetapi bagi novel terbarunya, Sutera Bidadari, saya kurang gemar. Mungkin kerana sudah terlampau banyak sirinya, momentum untuk tahu apa yang terjadi pada watak utama sudah pudar.
FT pula kerana ilmu/ maklumat yang cuba disampaikan kepada pembaca degan cara bercerita. Tidaklah terasa seperti membaca bahan berat, tetapi masih mampu membuatkan saya berfikir dalam-dalam. Kegemaran saya, Tuhan Manusia.
Yang bagusnya apabila saya membaca dari dua penulis ini, tak ramai yang mahu meminjam novel saya. Kata mereka, "tak faham", "berat sangat temanya", "takde jiwang-jiwang". Ha ha. Selamat novel-novel saya, tak koyak, terlipat, mahu pun comot.
Dan penulis lelaki terbaru yang masuk dalam senarai saya ialah...
Bukan novel, tetapi saya suka. Bermula dengan Tentang Cinta (dulu buku ni saya pernah beli secara kongsi dengan Puan Faiz. Miskin sangat masa tu. Tak cukup duit nak beli, tapi mahu baca. Elaun masuk sahaja, terus keluar duit dan pergi Kedai Buku UPM, beli lagi senaskah- yang kini milik saya). Sebetulnya, saya mula berkenalan dengan tulisan Ustaz Pahrol sejak 2002 melalui majalah wajib beli-baca-faham-khatam-ulang saya, Anis.
Usah bandingkan tulisannya dengan Ustaz Hasrizal. Sebetulnya, untuk tulisan Ustaz Hasrizal (yang juga saya baca dan kumpul), saya lebih gemar buku travelognya, Secangkir Teh Pengubat Letih dan Rindu Bau Pohon Tin.
Yang lebih bagusnya, Ayah boleh kongsi baca juga!
No comments:
Post a Comment