Sejujurnya, saya tak ada hati nak menyambut Hari Guru sejak saya betul-betul menjadi guru (sebelum ini saya adalah guru pelatih- panggilan di maktab). Bagi saya, sambutan terbaik adalah ketika saya di maktab. Walaupun tidak ada hadiah, sekadar ucapan dari rakan-rakan, itu adalah waktu yang paling manis.
Mungkin juga kerana tempat saya bertugas.
Mungkin juga kerana hadiah yang saya dapat.
Mungkin.
Tahun lepas saya berjaya melarikan diri dari sambutan yang 'sangat meriah' di sekolah. Tahun lalu saya berada di Savannah Hill, Ulu Tiram untuk Kursus Biro Tata Negara (BTN). Kenapa saya katakan tahun lalu sambutannya 'sangat meriah'? Sebabnya sambutan bermula dari awal pagi sehingga jam 10 pagi sahaja. Seterusnya, pelajar masuk semula ke kelas dan menyambung peperiksaan pertengahan tahun. Padahal, sekolah lain semuanya mengadakan sambutan sepanjang hari.
Dua tahun lepas, sambuatn biasa-biasa sahaja. Masih lagi tidak dapat menandingi keseronokan di maktab.
Hadiah? Saya tak mahu pun!
Cukuplah mereka hormat saya ketika saya sedang mengajar, buat kerja yang saya berikan. Semua itu efortless, tak perlu keluar duit sesen pun.
*notakeyboard: lengan saya lebam gara-gara ujian darah hari Sabtu lepas. Apa nak buat ya?
No comments:
Post a Comment