Ada sesi pertukaran hadiah. Di mana, seminggu sebelum Hari Guru, sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam acara bertukar-tukar hadiah akan mencabut nama oarng yang akan diberikan hadiah. Konflik timbul bila ada yang tak puas hati dengan hadiah yang diberi. Hmmm, mungkin ada baiknya jika bertanya sendiri tuan empunya badan, apa yang dia hajati. Kejutan mungkin tidak akan ada, tetapi kedua belah pihak akan berpuas hati. Yang memberi tahu apa yang patut diberi, yang menerima puas hati mendapat apa yang dihajati. Cuma satu sahaja komen saya, kalau bajet yang ditetapkan untuk hadiah cuma ar em sepuluh, janganlah bising dapat hadiah yang kecil. (Gaji banyak, takkan tak boleh naikkan bajet hadiah? ~ saya tak faham)
Secara rasminya saya telah diundi sebagai Guru Paling Popular. Rasa segan pun ada sebenarnya,sebab rasanya ada cikgu lain yang lebih popular (dua tiga hari lepas baru saya tahu, rupanya ada pelajar yang pakat-pakat mengundi saya- terharu kerana saya sudah tidak mengajar mereka lagi). Berikut adalah komen tentang 'kemenangan' saya:
"You are the first teacher who beats Ms Lee (our former principal) for this award."
Ms Foo (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
Komen saya: Pengetua dah pencen, Pengetua baru tak datang lagi. Sebab tu saya menang. He he.
"Ni vote pakai Fb ke?"
Mr Wee (Cikgu PJK)
Komen saya: Tak ada maknanya. Tapi mungkin tahun ni saya rajin ambil gambar pelajar dan muatnaik ke FB saya (kot. Ataupun mungkin tak ada kait mengait langsung)
"Tahniah! Pop sangat sampai budak nak buat ibu tiri. Hi hi. Dapat pakai crown ke?"
Komen saya: Speechless. Caitt!
Baru dapat anugerah sekali dah berlagak. Kehkehkeh. (Sebenarnya saya memang sentiasa offline di akaun yang lagi satu)
Hari Guru tahun ini, genap 2 tahun 10 bulan saya menjadi guru. Masih jauh lagi perjalanan saya.
*notakeyboard: Kawan kesayangan, saya tahu macam mana nak elakkan diri dari jadi pentadbir. Buktinya ada pada cikgu senior di sekolah saya!
No comments:
Post a Comment