Wednesday, May 25, 2011

Tangan Kedua

Seorang kawan saya bercerita, seorang kenalan kami merungut. 'Saya ni kak', katanya, 'asyik pakai barang second hand je.'

Balas kawan saya, 'beli saja yang baru kalau kau bosan dengan second hand" bena tak bena.

Ironinya, kata kawan saya, suami kenalan kami itu juga second hand. Duda.

Ini membuat saya terfikir, saya juga pengguna barangan second hand.

Kereta, bukan tak mampu beli yang baru, tapi itu kehendak Ayah. Bagi saya, sementara Ayah masih ada, gembirakan dia. Ikut cakap dia. Lagipun Ayah yang bayar duit muka (bukan tak mampu, tapi ini semacam satu peringatan halus Ayah- jaga kereta baik-baik. Ayah ada share dalamnya!).

Buku, pernah juga beli buku terpakai di flea market dan kedai buku terpakai di Amcorp Mall. Janji elok, boleh dibaca, harga pun murah. Apa nak bising?

Baju- tak semua bundle itu terpakai. Janji selesa, murah, okaylah!

Kalau semua nak yang baru, siapa nakkan yang lama jika ia masih berguna?
Jika tak dapat menjadi yang terbaik, jadi kedua terbaik pun tak apa.
Kalau semua mahu jadi juara, siapa pula mahu tempat kedua?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

No comments: