Semasa kecil, agak selalu juga saya menemani Ayah mengeteh (walaupun kadang kala yang diminum bukan teh). Mungkin kerana itu saya kenal (walaupun tak rapat) dengan kawan-kawan Ayah. Pendek kata, kalau berselisih jalan, boleh angkat tangan.
Dan setiap kali Ayah memesan minuman, selalunya yang dipesan cuma satu. Bila minuman sampai, Ayah akan tuangkan air yang dipesan ke dalam piring yang mengalas cawan. Ayah tiup air itu dan saya minum.
Tapi kalau kita perhatikan, situasi ini sudah mungkin tidak berlaku lagi. Kalau ke kedai makan, anak-anak sekarang sudah tahu apa yang mereka mahukan. Baik makanan mahupun minuman. Tiada lagi berkongsi. Anak sepupu saya, kalau tiba di kedai makan, minuman yang pasti dipesan pastinya iced lemon tea! (ketika itu dia masih tadika) Alamak, saya pun tak secanggih dia.
Bagi saya berkongsi minuman antara Ayah/ Emak dengan anak bukan kerana tidak mampu (walaupun mungkin itu sebenarnya yang terjadi). Tetapi ia lebih kepada simbolik perhubungan ibubapa dan anak. Apa tafsirannya, anda boleh fikirkan sendiri.
Mungkin juga sekarang kita tidak mengamalkan perkara ini kerana sekarang air yang dihidang juga sudah tidak lagi beralas...

*kredit gambar: Ismail Othman
No comments:
Post a Comment