Ini adalah satu modul (dalam percubaan) mengenai hadiah yang boleh dibeli untuk guru-guru di sekolah.
Bahagian Satu- Bajet Rendah
(harga sekitar RM 0.80 sehingga RM 5.00)
i. Pen merah- senang cikgu nak tanda buku dan kertas peperiksaan. Maklumlah, sekarangkan musim peperiksaan pertengahan tahun.
ii. Pen hitam/ biru- bergantung kepada jenis/ warna apa yang cikgu itu guna.
iii. Marker pen (sebatang)/ kapur (sekotak)- bergantung kepada kelas. Ada yang dah pakai papan putih, ada yang masih lagi pakai papan hitam (hijau).
iv. Tisu kotak- Beli satu pek. Boleh bagi 5, 6 orang cikgu.
v. Tisu paket (hanya untuk cikgu perempuan)- kesian tengok cikgu berpeluh-peluh berjalan dari satu kelas ke satu kelas yang lain. Lagi-lagi kalau bangunan sampai empat tingkat.
vi. Buku nota kecil- berguna untuk catat nama pelajar yang tak hantar buku, siapa yang bayar yuran. Keh keh keh.
vii. Kertas A4- satu rim boleh bagi dalam 4 orang cikgu. Senang dia nak cetak laporan, soalan peperiksaan.
viii. Cokelat/ jajan- buat mengudap dan kongsi bersama cikgu lain sementara menunggu masuk kelas lain.
Bahagian Dua- Pelajar Kreatif
Rasanya ramai pelajar yang kreatif. Macam-macam boleh buat. Ini antaranya.
i. Buku skrap/ mounting board- penuh dengan tandatangan dan ucapan dari pelajar sekelas.
ii. Kolaj gambar cikgu dalam pelbagai aksi- (sah kau cilok dari gambar yang dia letak kat akaun Facebook dia). Ketika aktiviti sekolah.
iii. Slide show/ short video- boleh lakonkan perangai cikgu tersebut dalam kelas (ketika mengajar) atau ketika di luar kelas. AMARAN! Hanya untuk cikgu yang sporting sahaja.
Bahagian Tiga- Jangan Beri!
i. Mug- kecil/ besar. Kalau setahun dapat lima biji mug, lima tahun?
ii Bekas pen- sama dengan alasan di atas.
iii. Pasu bunga- sama dengan alasan di atas.
iv. Plush toy- kecuali cikgu tersebut ada anak kecil.
v. Hiasan dari kedai RM 2- cikgu pun tak tahu nak buat apa dengan benda tu. Nak buang, sayang sebab orang bagi. Nak simpan tak berguna.
Bahagian Empat- Gratis
i. Siapkan semua latihan yang diberi oleh cikgu dengan kemas. Salah sedikit tak mengapa. Kita semua belajar dari kesilapan.
ii. Ucap terima kasih kepada cikgu selepas tamat kelas- secara personal.
iii. Tolong cikgu angkat barang- buku latihan yang membukit, set bergerak (mobile set), stok koperasi (aku la tu. He he he)
iv. Belajar bersungguh sungguh untuk semua subjek.
Sebenarnya, ramai cikgu di luar yang tak mengharapkan apa-apa dari pelajarnya ketika Hari Guru. Ucapan terima kasih yang cukup ikhlas dari hati seorang pelajar sudah cukup membuatkan seorang cikgu itu terharu. Lebih-lebih lagi jika pelajar tersebut sudah berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa (jangan tanya fasal negara lagi!). Walaupun pelajar tersebut mungkin tak berapa nak berguna, tetapi sekurang-kurangnya dia tidak merosakkan orang lain.
Hadiah Hari Guru yang aku mahu? Bagi saja aku cuti berehat di rumah. Bagi peluang aku bangun lewat, tak perlu pakai make up dan baju licin bergosok. Ha ha.
Selamat Hari Guru!
No comments:
Post a Comment