Friday, December 26, 2008

Poligami, Origami dan Pogilami

*
Alif- Poilgami VS Origami
Suatu hari, entah bagaimana kami sekeluarga bebincang mengenai poligami. Abangku pun turut tertawa sekali dengan cerita-ceriti yang di bincangkan. Maka kami pun bertanya padanya.
“Bang Ngah paham ke apa tu poligami?”
Dengan wajah selamba, abangku menjawab:
“Ala, yang lipat-lipat tu kan...”
Tergelak kami semua...
p/s: Abangku mempunyai misconception mengenai poligami. Yang lipat-lipat tu origami...
*
Ba- Poligami VS Pogilami
Dalam rancangan al-Kulliyah minggu lalu, seorang makcik bertanya kepada Ustaz Hassan Din Al-Hafiz. Soalannya antara lain berbunyi:
“Apa pendapat Ustaz mengenai pogilami?”
Tercengang seketika pengacara dan panel. Sang pengacara segera memahami soalan yang di ajukan.
“Oh, maksud Puan yang bertanya poligami kan?”
Bila Ustaz Hassan Din menjawab soalan, dia membetulkan makcik tersebut.
“Ye, kakak yang bertanya. Poligami ye, poligami. Bukan pogilami. Akak dah terbalikkan hurufnya tu.”
Aku? Tergelak sendiri di rumah!
p/s: Kesilapan begini rasanya sukar untuk di perbetulkan kembali. Kerana semakin dewasa kita, semakin sukar untuk kita memperbetulkan sesuatu yang telah lama kita pelajari (terutama sekali jika ajaran itu salah)
*

No comments: