Thursday, December 04, 2008

Si DIA

Ku ketuk pintu biliknya, berkunci. Aku jenguk dari kaca di pintu biliknya. Hari ini DIA berbaju kurung, sedang bersila di atas kerusi. Makan limau. Pintu bilik di buka.

“Arrr…. ** ***, pintu bilik pekse semua saya dah tutup, tapi grill tak kunci lagi. Tadi saya cari pak guard, tapi tak jumpa.”
“Tak pa, tak pa. Nanti saya kasi tau sama guard. Tapi you sudah memastikan semua pintu sudah di tutup ya?”
“Sudah ** ***”
“Kunci tu mana?”
“Saya sudah bagi pada Kaunter Pejabat”
“Ok, ok. You boleh balik”
‘Terima kasih ** ***”

Pintu pejabat aku tutup. Sebelum itu, aku sempat buat lambang peace pada kakak di Kaunter Pejabat. Kakak tu senyum aje.

Pagi Khamis yang agak huru-hara sudah berakhir. Ah, lega rasanya!

No comments: