Tiba- tiba aku rasa dapat idea untuk kembangkan Situasi 2 dari entri sebelum ini.
*
Situasi ini separa benar. Benar kerana watak- wataknya aku separa kenal. Tetapi situasinya aku tak pasti terjadi atau tidak sebab aku tidak menghadirkan diri.
*
Kawanku Puan Faiz, berkahwin dengan seorang cikgu. Secara logiknya, maka ramai tetamu yang datang adalah kawan- kawan pengantin. Kawan- kawan pengantin ketika belajar dan di tempat kerja. Logik mudah, tak perlu penakkulan mantik. Ramai cikgu yang datang.
*
Emak dan Abah kawanku adalah cikgu. Pasti mereka juga menjemput kawan- kawan mereka ke majlis perkahwinan anak sulung mereka. Kawan- kawan mereka juga kebanyakkannya cikgu.
*
Daripada 6 adik beradik Emak kawanku ini, 4 darinya adalah cikgu. Cikgu Tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah dan juga cikgu sekolah agama Kerajaan Johor.
*
Juga, adik beradik Abahnya yang tak semuanya menjadi cikgu. Tapi dengan jayanya berkahwin dengan cikgu.
*
Keluarga Emak + Keluarga Abah = Keluarga Cikgu- Cikgu
*
Maka, jika jurugambar kawan ku ini memberi arahan kepada tetamu yang ingin bergambar dengan pasangan pengantin dengan menyebut ayat...
*
"Cikgu- cikgu sekalian boleh ambil gambar dengan pengantin."
*
Bolehkah kau bayangkan hampir kesemua hadirin akan membuat pergerakan kepala semacam boria atau dikir barat secara serentak ke arah jurugambar berkenaan...
*
*
*
*
*
Ini kalau satu sekolah yang datang. Kalau 4, 5 buah sekolah?
*
*
*Kerja sekolah: Kira bilangan perkataan cikgu dalam entri ini. Dah siap nanti email kan entri ini pada kawan- kawan kau yang bukan cikgu tetapi suka panggil kawan- kawannya yang cikgu dengan gelaran cikgu. Macam tak ada identiti diri.
*
No comments:
Post a Comment