Aku tak suka orang panggil aku cikgu. Titik.
*
Tapi ini tak tertakluk pada murid- murid aku, pada ibu bapa murid- murid aku.
*
Aku rasa macam satu penghinaan, seolah- oleh aku tak ada identiti sendiri. Terutamanya kalau yang panggil aku tu orang yang kenal aku sebelum aku menjadi cikgu. Apa, aku tak ada nama ke?
*
Situasi- situasi yang buat aku menyirap darah bila panggil aku cikgu.
*
Situasi 1
Dapat SMS, Facebook Chat atau yang sewaktu dengannya bermula dengan...
"Hai cikgu, lama tak dengar cerita?"
>>> Bila masa pula kau jadi anak murid aku?
*
Situasi 2
Majlis kahwin antara cikgu dengan cikgu. Jurugambar pun kata...
"Cikgu- cikgu sekalian boleh ambil gambar dengan pengantin."
>>> Kenapa tak panggil kawan- kawan pengantin? Kalau ada bekas cikgu pada pengantin kan dia tertoleh sama?
*
Situasi 3
Dapat panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Pemanggil memberi salam dan memulakan bicara dengan...
"Boleh bercakap dengan Cikgu ...?"
>>> Berderau darah aku. Selalunya yang buat macam ni cuma ibu bapa pelajar ja. Kenapa kawan- kawan sendiri mesti panggil kawan dia cikgu?
*
Cikgu sebenarnya bukan kata ganti nama.
Kalau seorang cikgu dipanggil dengan gelaran Cikgu oleh kawannya (yang bukan cikgu).
Kalau seorang doktor dipanggil Tuan Doktor oleh kawannya (yang bukan doktor).
Kalau seorang jurutera (mungkin) dipanggil Ingénieur (IR) oleh kawannya (yang bukan jurutera).
Maka,
jika dia adalah seorang pekerja kilang, mahu dipanggil apa?
Seorang kerani
Seorang ahli perniagaan
Seorang pemandu lori
Seorang pramugara
Seorang suri rumah sepenuh masa
Apa kata panggilan yang sesuai?
*
Bukan aku tak suka tugas aku. Tapi aku ada identiti sendiri. Aku adalah aku. Aku ada kehidupan sendiri di luar tugas aku sebagai seorang guru.
*
Ini aku. Ada cikgu lain yang tak kisah, tapi bukan aku. Aku kisah. Sebab aku bangga dengan nama yang Mak Ayah aku beri. Aku bangga dengan identiti aku sebagai anak Pak Yusof.
*
Aku suka nama aku. Titik.
*
2 comments:
well..
aku rase nama CIKGU tu hebat.
sebab..bile kita dpt title cikgu cikgu tu..kita akan guna utk selama2nya samada berada di dlm dan diluar sekolah.tak kisahla cikgu sek ke, cikgu memandu ke, cikgu tuisyen ke, cikgu mengaji ke, cikgu menjahit ke..dah nama cikgu.
dan bile kita stat dpat title cikgu pd thn 2008 maka kita akn gune utk 20 thn akan dtg..
hebatkan..jadi nk wat camne..
Iza,
aku melihat dari perspektif identiti diri. Cikgu adalah perkataan yang terlalu general. Kalau ada 2, 3 orang cikgu di situ dan kawan kita menjerit 'Cikgu' (yang sebenarnya ditujukan kepada kita), pasti semuanya akan toleh bukan?
Lagipun selalunya cikgu memandu dan cikgu menjahit (kelas jahitan di luar) kita tak panggil mereka cikgu bila berbicara. Kita akan panggil mereka kakak/ abang.
Tapi pandangan kau tak salah. Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Post a Comment