Tuesday, May 26, 2009

Pengalaman Saya di Stesen Petro*as Malam Kelmarin


Malam kelmarin bukanlah seperti malam- malam Selasa yang biasa. Selalunya malam Selasa, saya akan berada di rumah membuat kerja- kerja yang patut sambil menonton rancangan kegemaran saya, Bones. Tapi, malam kelmarin, saya mengajar di pusat tuisyen (ya, kehadiran sangat memberansangkan 8/18).
*
Pulang dari pusat tuisyen, saya ke Stesen Petro*as. Saja- saja memeriksa baki akaun. Alangkah terkejutnya! Tiba- tiba baki akaun saya mencecah lima angka. Cepat- cepat saya lihat jam tangan. Fuh… lega. 25 haribulan rupanya… dah gaji.
*
Keluar dari Stesen Petro*as, saya menuju ke kereta. Kereta Proton putih masih ada di parkir di sebelah DatsUn. Kali ini, ia tidak kosong. Ada seorang mamat berbaju putih sedang khuyuk bermain dengan telefon genggamnya.
*
Sebaik sahaja saya menghampiri DatsUn, mamat tersebut bergegas duduk dengan betul. Dari mula saya membuka pintu, memasukkan kunci, menghidupkan enjin, memasang lampu dan menghidupkan radio sampailah saya mengundurkan kereta dan berlalu, mamat tersebut masih duduk terpaku.
*
Ini bukan kali pertama.
*
Saya tahu ramai yang pelik melihat saya memandu DatsUn. Pernah, seorang makcik dan suaminya merenung saya dengan cara yang serupa. Itu belum lagi mamat- mamat Kolej Komuniti YPJ. Ada saya peduli? Tidak.
*
Hasilnya, walaupun kadangkala DatsUn di bawa oleh Ayah, akan ada anak- anak yang melambai. Faham- faham sajalah, anak- anak tersebut adalah pelajar di sekolah saya.
*
Arwah Mak pernah berkata, “tak hidup di puji, tak mati di keji”. Betul, walau berbakul- bakul kejian di berikan kepada saya hanya kerana memandu DatsUn, hidup saya tidak terjejas. Salah seorang pelajar yang pernah menumpang kereta saya berkata, “alah, biarkan sahaja mereka kutuk kereta cikgu. Dia tak tahu, tanpa kereta DatsUn ini, tidak akan ada kereta Proton”.
*
Terima kasih anakku.
*
Maka dengan itu, saya masih berbangga dengan Datsun!

Sunday, May 24, 2009

Why I am still alone… a lone ranger

*
Maka tersebutlah kisah suatu hari aku pergi berjumpa dengan Power Rangers. Itu pun selepas bertahun-tahun aku melihat mereka beraksi di kaca tv. Hati kecil aku ini pun tergeraklah untuk berjumpa dengan mereka. Kami bertemu di suatu tempat (dirahsiakan atas alasan-alasan keselamatan). Maka aku pun memulakan bicara.

Aku: Sesungguhnya aku datang ke mari bertemu kamu semua dengan membawa hajat.
Ranger Merah: Apa hajatmu itu?
Aku: Sebenarnya aku berhasrat untuk menyertai kalian semua. Adakah kamu setuju untuk menerimaku ke dalam kumpulan kamu?
Ranger Putih: Hmmm… let us think about this first? (wise)
Ranger Merah: Tidak! Dia hanya akan menyusahkan kita kelak! (arrogant)
Ranger Hitam: Aku tidak bersetuju menerima dia di dalam kumpulan Power Rangers ini! Dia hanya akan mennyusahkan kita sahaja. (prejudice)
Ranger Biru: Apa kata kita pertimbangkan dahulu? Aku rasa dia berpotensi untuk membantu kita dalam misi menyelamatkan dunia. (kind)
Ranger Hijau: Aku atas pagar. Aku ikut keputusan majoriti. (indecisive)
Ranger Silver: Hmm… (?)
Ranger Putih: Kembalilah semula selepas tiga hari. Kami akan memberikan jawapan kami. Bertemu lagi selepas tiga hari, di sini, pada waktu yang sama.
*
Maka berbincanglah sekalian Power Rangers itu. Selepas tiga hari dan tiga malam mereka berbincang, maka sampailah hari yang di janjikan.
*
Ranger Silver: Kami telah berbincang dan sebulat suara mencapai keputusan. Berat rasanya hati untuk menyampaikan, tetapi aku telah di lantik untuk menyampaikan keputusan ini kepada kamu.
Aku: Katakanlah apa hasil perbincangan kamu itu. Aku tidak akan marah dengan apa pun keputusan yang telah kamu semua sepakati.
Ranger Silver: Kami sepakat UNTUK TIDAK MENERIMA KAMU KE DALAM KUMPULAN KAMI. Tetapi, untuk tidak mengecewakan kamu, kami semua setuju untuk memberikan satu anugerah/ gelaran kepada kamu.
Aku: Apa dia?
Ranger Silver: Kami sepakat untuk memberikan kamu gelaran LONE RANGER.
Aku: Terima kasih. Aku berbesar hati untuk menerimanya.
*
Maka, sejak dari itu aku memakai gelaran itu.
*
(ini hanyalah rekaan aku semata- mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah pergi)
*
*
*
*
Ingin tahu kenapa Lone Ranger yang di gunakan? Teruskan membaca...
*
Ia terjadi sekitar awal tahun 2002, sebelum keputusan SPM 2001 di umumkan. Sebagai seorang (bekas) murid yang mithali (saya sangat cintakan Alma Matter saya!), saya rajin melawat ke sekolah untuk bertemu dengan guru- guru dan adik- adik junior. Pada satu hari, saya di tegur oleh (bekas) guru tingkatan saya Cikgu Norzana, "Awak ni rajin ye datang sekolah semula. Tapi kenapa tiap kali awak datang, mesti seorang je? Awak ni macam Lone Ranger la"
*
Adakah anda sudah nampak perkaitannya?
*
Dan berjalan/ merayau/ meronggeng secara solo adalah tabiat yang masih saya tidak boleh elakkan.
*
Dan saya akan terus berjalan/ merayau/ meronggeng secara solo...
*
(p/s: saya rasa Cikgu Norzana pun dah tak ingat yang dia pernah cakap macam ni pada saya...)

Saturday, May 23, 2009

Edisi Pra- Perkahwinan

(maaf, entri ini tidak bermaksud yang saya bakal berkahwin dalam masa terdekat ini ya...)
*
Sejak tahun lepas, sejak saya mula bekerja, seringkali saya diajukan Soalan-Cepu-Cemas. Kepada mereka yang tidak tahu apakah itu Soalan-Cepu-Cemas yang sering diajukan pada saya, di sini dengan senang hati saya menaip soalan itu;
"Bila nak kahwin?"
*
Iya, itulah soalannya.
Berdasarkan tarikh yang tertera di sijil kelahiran saya, saya bakal berusia 25 tahun pada bulan Ogos nanti. Dan Soalan-Cepu-Cemas sangat kerap diajukan kepada saya sehingga saya telah membuat satu larangan kepada para pelajar Tingkatan Satu yang saya ajar bahawa soalan ini adalah soalan yang di larang sama sekali dalam kelas saya.
*
Iya, itulah soalannya.
Mana tidaknya, anak- anak Darjah Lima yang saya ajar di pusat tuisyen juga bertanyakan soalan yang sama pada saya. Maaf, tidak ada soalan lain kah? Tapi saya maafkan anak- anak Darjah Lima itu kerana mereka (mungkin) belum mumaiyiz.
*
Sebetulnya, adakah mereka ini kekurangan soalan atau sebenarnya mereka merasakan bahawa soalan ini adalah soalan yang paling sesuai untuk memulakan perbualan kecil (small talk)?
*
Satu ketika dulu (ketika arwah emak masih hidup), saya pernah berkata: "Kalau ada makcik- makcik tanya saya bila nak kahwin, saya akan balas, 'Kalau nak suruh saya kahwin esok pun boleh, tapi makcik kena la sedikan semuanya untuk saya. Saya ni harta pun tak ada. Jangan lupa sertakan sekali bakal suaminya juga sebab saya tak ada calon lagi".
*
Dan arwah cuma ketawa.
*
Bagi yang mahu berkahwin, kahwin lah. Saya pasti mereka juga pernah melalui saat- saat yang sama seperti saya diajukan Soalan-Cepu-Cemas. Dan kepada ibubapa, sila jangan ajar anak- anak anda bertanya kepada orang lain dengan sesuka hati Soalan-Cepu-Cemas ini. Ia tidak lucu, dan mungkin akan menyebabkan ada hati yang terguris.
*
Kepada yang masih inde (iya, bunyinya sangat sedap dalam entri ini!), nikmatilah hidup ini sepuasnya selagi anda masih inde... Kepada yang masih mencari, teruskan mencari.
*
Ketika entri ini di taip, lima orang guru di sekolah saya telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam tahun ini (dua dari mereka bertugas di sekolah saya). Bakal menyusul dua orang lagi dalam masa terdekat (cuti sekolah nanti).
*
Ada yang sudah gatal- gatal mulut bertanya, "Nak pass baton pada siapa pula lepas ni?"
*
Jangan harap nak pass baton pada saya ya! Ini adalah amaran keras dari pemandu drift kereta DatsUn.
*
Jika ingin tahu kenapa saya masih inde, sila baca entri seterusnya...
*

Thursday, May 21, 2009

Tanda

*
Tadi aku suka- suka baca blog IbuDaun dan pastu, aku bloghopping kat blog Kak Nida. Aku nampak Blog Anak Mat Nor. Dia ada buat tag ni. Aku rasa macam best, aku pun nak buat lah!

1. Do you think you are hot?

Depends on the place. Kalau kat bilik guru, aku memang rasa super hot!

2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do you like that picture?

Ni gambar aku yang paling latest dan aku rasa senyuman aku paling menawan waktu tu (tapi sayang, orang kat sebelah tu tak senyum pon. hmph!) Ecah, I know you know who's this person, tapi jangan cakap kuat- kuat tau!

4) When was the last time you ate pizza?

Ermm... awal tahun ni rasanya. Masa tu makan ramai- ramai masa Teacher's Night Out.

5) The last song you listened to?

Tak pasti lah pulak, tapi antara lagu yang paling last aku dengar adalah lagu Bukan Superstar (Project Pop). Aku suka sangat lagu tu!

6) What are you doing right now besides this?

Tunggu bila bekalan air nak kembali normal kat umah aku dan jiran- jiran aku. Wei,,, dah lebih 24 jam takde air ni. Tapi jangan kata aku tak mandi. Fitnah tu tau!

7) What name would you prefer besides yours?

Ermm.. takde kot. Walaupon aku suka sangat nama Maya. Rasa cambest jek. Sebab tu aku pakai nama tu masa aku berlakon teater dulu.

8) People To Tag :

i. ms tepung

ii. profJenggo

iii. ecah

iv. cicak

v. ezarnclover

9) Who is number one?

ms tepung,,, kakak aku la. sape lagi

10) Number three is having a relationship with?

Ecah, kau jawab sendirik lah!

11) Say something about number five?

Seorang budak TESL yang baru kawin. Dia dulu satu sekolah dengan aku.

12) How about number four?

Bakal berkahwin bulan Lapan Dua Ribu Sembilan dengan tunangnya yang tersayang...

13) Who is number two?

Yang ni memang aku tunggu dari tadi nak jawap. profJenggo adalah bestboifren aku... dengan bangganya aku nak umumkan kat satu dunia... wahahaha... riak sungguh! profJenggo adalah manusia yang sentiasa bersedia menemani aku pada saat- saat gumbira, duka, dsb...

Kenapa aku panggil dia bestboifren aku? Sebab dia kawan lelaki (boy+fren=boifren) aku. Best, sebab kawan dengan dia memang best, kalau tak, takkan la aku leh kawan dengan dia sampai dekat 10 taun. Walaupun dia suka kutuk aku pendek, aku tau, sebab aku sedar diri. (kalau tak, takkan la aku leh paras telinga je mamat yang bergambo dengan aku tu!)

Kepada yang di tag, sila buat! Kalau tak, aku langgar dengan DatsUn.

Tuesday, May 19, 2009

Teacher’s Day- Celebration at My School

*
Owh, my first year celebrating Teacher's Day as a real teacher. Hmm, I got a number of presents. Just like Halil said: "Cikgu mesti dapat hadiah dari budak- budak perempuan Fom 1 dan Form 2 kan?"
*
Of course, because I taech them at the moment. But hey, when I answered that, I forgot about AhLong's and Arif's presents. I asked Arif, "Kenapa awak bagi saya hadiah? Saya tak ajar kelas awak." and the answer is "Sebab Cikgu Cinta Untuk Ain".
*
Hahahaha... Arif, Arif...
*
I think the most practical gift came from Yana. Sorry Yana, I didn't eat it. I gave it to my neighbour's kids as they kept on asking me, "Kakak, kenapa kakak dapat banyak hadiah?" Etc, etc, etc...
*
And ya, I got an apple from Azwani. Sorry again, I gave it to Mr. A because he asked me again and again if there's anything for him. (Yes, I promised to take Mr. A for a ride. Maybe somewhere after your exam?)
*
Some of the teachers got their PTK's result and congratulations for them. It's a long way to go for me before I can actually sit for that test. Currently, I just undergo an interview held by SPP to confirm my job. (I remembered Mr. A said, "I tought you've confirmed?") Silly Mr. A...
*
Upp, have to stop here now. Currently in holiday mode, as I haven't teach anything for this week. Have to prepare my kids for the mid year exam.
*
Cherrio!
*
(for those who are following Cinta Untuk Ain, make sure that you watch it tonight. It's finale. Arif, make sure you watch it too. It is a MUST!!!)

Saturday, May 16, 2009

Teacher’s Day- Awards for My Teachers

*
Without them, I won’t be able to be a teacher at the moment. Other than parents, I must thank them for giving me the knowledge and spent a lot of time with me. I just want to list down those teachers who marked my life as a student since I was in Standard One up to Form Five.
*
My Bahasa Malaysia teacher:
I had wonderful Bahasa teachers.
My Standard One teacher, Allahyarhamah Cikgu Noor Asmara Binti Hussain taught me with tender loving care. Not only to me, but my brother too. She was too kind to us, yet Allah loves her more. Al- Fatihah.
My Form Four and Form Five teacher, Cikgu Norzana Binti Omar. If she’s not my teacher, I don’t think that I’m a teacher now. Indirectly, what she taught me makes me survived my undergrads years. As my major is English and my minor is Literature, I keep on telling myself again and again that, if not because of Literature, I might have quit my course. And the person who inspires me a lot is Cikgu Norzana. I will never forget that. I have to say that I’m lucky as Cikgu Norzana now is not only my ex teacher, but also my colleagues as she is Guru Kanan Bidang Bahasa at my school.
*
My English teacher:
Who will forget Miss Woon Ai Li at SKBK? She taught me, my siblings and even my students! I’m sure that she had left a lot of prints in her students’ memory as she had served at SKBK for a long time. I will never forget when she told us

“I, you, we, they no –s”

And this is what I told my students too.
*
My Mathematics teacher:
Err… Cikgu Arbai, can you teach me the topic “Fungsi” again?
Owh ya, Cikgu Arbai Bin Samingon taught me Add Math when I was in Form Four and Form Five. He has his own charms and the way he taught me and my friends… I just can’t express it in words. I wasn’t a super smart student. In fact, throughout two years learning Add Math, I only passed once. And it wasn’t for my trial exam, no. I failed my Add Math for SPM trial. Mind you. But with his help, I managed to get B for Add Math in SPM.
*
My History teacher:
I will never forget how he wrote his notes on the blackboard. It was in mind- map form and it covered every corner of the blackboard. That’s how he taught us, Cikgu Azmi Bin Sukiman. Now, he is working at Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). I never loved History so much until he taught me. Imagine, I failed my History paper for the First Term when I was in Form Four, yet, I managed to get A2 for this subject in the Second Term. Indeed, it WAS a miracle to me.
*
Those are some of the teachers who have marked my live. To my ex teachers, I pray that God will repay whatever good deeds that you have done. May you have a Happy Teacher’s Day.
*
I do not wish to tagged anybody to to this in their blog, but you may do so if you want to. If you want the picture of the awards, you can take it too.

Friday, May 15, 2009

Teacher's Day Celebration- My Sweet Memory

I love them. I just love all of them. They were my students during practicum teaching at SMK Semenchu, Kota Tinggi. It was a wonderful three months of my life. They taught me indirectly, helped me and supported me (I lost my mother during practicum teaching).

Therefore, at the end of three months, I decided to give something to them and I made this video. I'm not a technology savvy, so this simple video is just what can I do for them. (When I'm typing this entry, I just received three SMSes from my ex-students from Semenchu. How sweet!)

To my beloved students at SMK Semenchu, I just want all of you to know that I love you so much. You are my first students and nobody can be compared to all of you.

Teacher’s Day- What I Feel…

*
Tomorrow will be the Teacher’s Day. Officially, this year’s celebration is my first celebration as a real teacher. However, for the past six years, I’ve celebrated it with my colleagues as we were teacher trainees. It was fun; we wished each other the night before Teacher’s Day and on the day itself. Singing the song “Guru Malaysia” is one of the most enjoyable parts although we have to sing it every week during official assembly.
*
Oh, how I wish that I can turn the time and be with them again during this Teacher’s Day.
*
Now, I’m a real teacher. No longer the trainee, no longer the practicum teacher. I realized that I’ve changed a lot compared to during my practicum months. During practicum, I hardly punish my students as I told myself again and again that I do not have the authority to punish them. You can ask my students at that time, and they will say that I never raise my voice or scold them. Compared to my students at the moment, definitely they will say that I’m a stern teacher. Who just love to punish her students by asking them to sit on the floor and do ‘lompat bintang’. I hate to punish them, but I have to, as I believe that once in a while students need to be punished as a reminder to them, so that they won’t make the same mistakes over and over again.
*
However, they DO NOT learn from their mistakes and keep on doing it over and over again. I have a feeling, that students nowadays are untouchable. Whatever the teachers do, it will be a kind of abuse to them. And I know there are students who keep grumble in their heart and planned to ‘repay’ whatever the teachers did to them.
*
Berita Harian last Tuesday reported;
“Namun, kebelakangan ini, rasa hormat dan sayangkan guru semakin terhakis bukan saja pelajar atau murid sudah tidak begitu hormat kepada mereka, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru, kadang-kadang di hadapan pelajar sendiri.”
*
Read full article here.
*
And I can’t help, but to agree with the writer’s opinions.
*
Sometimes, I just compared my experience as a student those days.
*
We never complained if the teachers gave us a lot of homework. I still remember, my Form Four Bahasa Malaysia teacher asked us to copy good essays. Mind you, for SPM level kind of essay, it is not just one or two pages, instead, at least four pages are needed. I had to use three refill Pilot pens and two long exercise books to copy all essays. And it took almost a week for me to finish it. At the end of it, my fingers were all cramp, yet, I and my friends never complained since I know that everything that she did is for our own good. And that particular teacher is now Guru Kanan Bidang Bahasa at my school.
*
People changes as time pass by. But if time will change students’ attitude, something need to be done…
*

Thursday, May 14, 2009

And The Invitations Goes To...

Oh ya, school holidays will come at the end of this months, and of course, 'musim mengawan' starts again. And of course, I'll get some invitations. For the past two days, I've received three invitations and all of them will held their wedding on the same day- 6th of June 2009.



Sorry to say, but I won't attending any of it as my second cousin will get married on the same day. Just look at the invitations.

My student's brother

My coursemate- Wani

My classmate- Mail

How will my invitation looks like? Errr... I prefer something simple, as I think most people will throw away the invitations after sometime. Unless you are a collecter, you might wish to get a grandeur invitations. As for me, I prefer Maya Karin's invitations. Keep it simple and straightforward. No pantuns, doa, Datuk, Datin, Tan Sri, Datin Sri (unless you marry somebody who's extremely rich!)

And ya, for bride to be, please make sure that you take some time to write the name of the people whom you invite. It might be a little act and can be tiresome, but believe me, people will be touched. If you do not write their name, in my point of view, you are just like any other Yang Berhormat who send Hari Raya greetings to the layman without knowing who they are. These YB just jot down their signature and his assistans will stamp their name. Its meaningless, in my point of view.

Enough for today, I have stacks of book to mark. Cherrio!

Sunday, May 03, 2009

Lama...

*
Uish, lama sungguh tak ber'belog'... Banyak yang harus di buat, samapi rasanya tak cukup masa. Masa yang lebih- lebih di gunakan untuk tidurrrr.... lagi best!
*
Oh ya, mungkin saya kena menonton cerita The Confession of Shopaholic lepas ni. Mungkin kerana stress yang tak mampu di tanggung menyebabkan saya banyak berbelanja kebelakangan ini. (Ya, saya baru sahaja membeli handbag baru- signature collection lagi...).
*
Baju, tudung, handbag dan kosmetik. Gila pula bila saya tengok resit- resitnya. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan nasihat kewangan pula. ms tepung, anda TIDAK BOLEH menjadi penasihat saya! Adik beradik susah sikit nak dengar kata nih...
*
Dalam pada tu, ada hati lagi nak beli sandal baru... Ehehehe... Sambil- sambil tu, cuci la mata tengok handbag dan sandal yang saya beli hujung tahun lepas. (I just looooove the handbag! mengidam berbulan-bulan untuk dapatkannya!)
*




Kena cari high heels lagi. Harus untuk saya kelihatan lebih tinggi!
*