Ini cerita zaman sekolah.
*
Dahulu, saya belajar di sidang petang. Penatnya bukan main. Sudahlah penat, mengantuk pula (waktu pagi saya bersekolah agama). Dari Isnin sampai Khamis, kelas kami bermula pukul 12:20 tengah hari. Bayangkan dalam terik mentari waktu itu, kami baru mula hendak belajar. Panas, berlengas dan macam- macam rasa lagi. Tapi yang untungnya, kami tidak perlu beratur sebelum masuk kelas. Tiba- tiba rasa beruntung menjadi pelajar RKA (Rancangan Khas Agama).
*
Tapi jika dibandingkan dengan pelajar sekarang di sekolah itu, rasanya pelajar RKA tidak merasa sebarang keistimewaan. Sebabnya? Pelajar sekarang beratur di dalam dewan. Waktu kami dahulu, beratur di padang!
*
Masuk Tingkatan 3, saya sudah berada di sidang pagi. Sekali lagi rasa seronok, sebab cuma pelajar Tingkatan 3 Rancangan Khas (RKA dan RKB) yang berada di sidang pagi (termasuk pelajar Tingkatan 4 sehingga 6). Pelajar Tingkatan 3 yang lain masih di sidang petang.
*
Tapi pelajar sekarang tidak rasa bertuah (lagi sekali). Sebabnya, semua pelajar Tingkatan 3 sudah berada di sidang pagi. Ha ha.
*
Masuk Tingkatan 4 (pertengahan tahun), saya keluar asrama (atas alasan tertentu, tetapi bukan hal disiplin). Minggu pertama sebagai outsider, penatnya bukan main! Tiba di sekolah seawal 6:30 pagi. Perkara ini berterusan sehingga habis Tingkatan 5.
*
Bahkan ketika di Tingkatan 5, saya berada di sekolah hampir 12 jam! Mana tak nya, tiba jam 6:30 pagi. Paling lewat saya meninggalkan sekolah jam 5:10 petang. Kalau ada yang bertanya bau ketika itu... usah di tanyalah. Masing- masing lebih kurang aja. Tak percaya, tanya Cicak.
*
Sekarang, setelah lebih dua tahun bergelar pendidik, saya terimbau nostalgia zaman persekolahan. Ada ketikanya jadual mengajar saya memerlukan saya masuk ke kelas dan mengajar pada jam 12:30 tengah hari. Saya boleh faham perasaan pelajar ketika itu. Panas, tidak selesa, penat.
*
Walaupun rumah saya dekat dengan sekolah, tetapi saya tetap tiba di sekolah awal. Selalunya sekitar 6:40 ke 6:45 pagi. Tapi masih tidak dapat menandingi Ketua Panitia saya yang tiba lebih awal. Menjejaki 15 Ramadhan, saya terlihat bulan di dada langit tatkala saya tiba di sekolah. (gambar di atas telah diedit supaya lebih jelas)
*
Sungguh, saya rindu zaman persekolahan saya.
*
2 comments:
hoh cicak????!!!!
aah, ko la paling tengik skali bila dah petang..wakakakaka
Semua sama ja.
Post a Comment