Monday, August 16, 2010

Pengsan

*
Hari itu. Pulang dari sekolah aku langsung ke bandar. Mencari kain untuk baju Melayu Ayah. Tiba di rumah, baru merebahkan badan, aku dapat satu panggilan. Tiga minit selepas itu aku 'pengsan'.
*
Hakikatnya mengajar 5 waktu pada hari Jumaat adalah sangat menyakitkan. (Waktu p&p pada hari Jumaat adalah 6 waktu). Dan aku tak boleh duduk. Satu kepantangan bagi pengetua (kadangkala anak- anakku akan menyuruh aku duduk jika mereka melihat aku nampak pucat).
*
Dan Ramadhan kali ini aku berdoa sesungguh- sungguhnya agar kemalangan seperti Ramadhan dua tahun lalu tidak lagi berulang.
*
Gara- gara penat.
*
Dan aku hampir pengsan.
*

No comments: