Monday, August 09, 2010

Penuh- Rajin atau Tak Sistematik?

*
Sehari ini berkurung dalam Bilik Mesyuarat Utama SeM*KAS dengan gangster- gangster dadah seS*gamat. Sampai pening kepala, juling- juling mata menahan kantuk.
*
Fail dan buku nota yang cantik.
*
Ok, yang di bawah ini sila percaya adalah tulisan saya masa tak ada mood. Kepala masih sarat dengan kenangan hujung minggu yang sangat menyeronokkan sampai tak terucap.
*

Sila percaya bahawa clapper board adalah barang kegemaran saya ketika ini.
*

Pen yang suweet, tapi sayang warna merah jambu. *Erk, tak minat*

Ok, apa yang di atas itu cuma selingan. Cerita sebenar entri ini ada di bawah.

Kadang- kadang apabila melihat isi kandungan pen drive sereorang, aku rasa kagum. Penuh dengan dokumen (Words, PowerPoint, dll), gambar dan lagu. Tiba- tiba aku rasa orang itu sangat rajin (?). Tapi yang menjadi masalahnya apabila mencari dokumen. Menjajau, menggelabah mencari.

Kadang- kadang aku ingin seperti itu.

Tapi itu bukan aku. Dokumen dan segala neka yang ada dalam pen drive mahupun laptop aku selalunya berada dalam folder yang berlabel kemas. Kalaupun yang bersepah cuma gambar. Itu pun masih tersimpan kemas dalam folder yang berlabel. Contohnya untuk acara makan malam terakhir bersama kawan- kawan undergrads, labelnya adalah 'Last Night Out'. Dalam folder itu ada lagi sub- sub folder yang berlabel dari mana gambar- gambar itu aku perolehi. Contohnya ada folder Faiz, Ina, Awienn, Fyd. Bahkan yang lebih ekstrim dalam folder itu juga aku bahagikan antara gambar dan video.

Ok, sekarang beritahu sama aku. Adakah aku seorang yang sistematik atau ekstrimis.

Notakaki: Faiz penah beritahu aku kalau ada orang nak cari assignment aku pun boleh sesat. Tapi kalau sekali dah jumpa, semua dokumen aku orang tu boleh cari.

No comments: