Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

*
Bahasa Arab saya sudah berkarat. Menyesal dulu- dulu tak belajar rajin- rajin (masa tu tak nampak lagi potensi diri cerdik bahasa).
*
Esok umat Islam mula berpuasa. Puasa bagi saya sangat nostalgik. Rasanya Ramadhan terbaik saya adalah Ramadhan 2007, tapi tak perlulah saya cerita lagi rasanya. Sebab tahun lepas saya dah cerita. Ha ha.
*
Tapi satu perkara yang saya sangat rindu dan terkenang kan Ramadhan 2007 adalah ketika berbuka puasa dan berterawih. Sebabnya saya selalu berbuka sendiri. Bukan tak mahu ke bilik kawan, tetapi kalau makan beramai- ramai selalunya lewat untuk solat Marghrib. Sangat tidak suka, sebabnya nanti saya akan terlepas untuk mengaji. Oh ya, kenapa bersendirian, tak ada teman sebilik kah? Benar, buat kesekian kalinya saya tak ada teman sebilik. Dan saya selesa begitu. Iya, musim- musim itu saya sedikit beremosi dengan hal- hal keluarga.
*
Usai solat Maghrib dan mengaji, saya akan menanti Isyak dan solat sendiri lagi di bilik sementara menanti Imam Muda (pelajar lelaki) datang ke surau Blok G. Selalunya mereka akan datang sekumpulan atau dua dan menjadi imam untuk solat terawih. Kadang kadang makmum perempuan lebih sedikit dari makmum lelaki dan kadang kala, sama bilangannya.
*
Bahagian yang paling tidak menyeronokkan bila solat terawih bersama kumpulan pelajar lelaki ini dalah cara mereka memakai kain pelikat. Ada yang memakai agak senteng (hampir sejengkal dari paras buku lali) dan kami di belakang dapat melihatnya kerana tidak ada tirai pemisah. Tiba- tiba pada ketika saat itu saya bersyukur sangat kerana saya rabun. Jadi, tidak lah dapat saya mengecam pelajar tersebut.
*
Tapi Ramadhan 2007 sentiasa melekat di hati saya. Masih teringat lagi, banyak air mata yang tumpah...
*
Dan Ramadhan tetapi berkunjung setiap tahun. Tahun ini kali ketiga kami berpuasa tanpa insan yang bergelar emak.
*
Dalam sibuk- sibuk saya menghantar mesej Awal Ramadhan kepada kawan dan teman yang berada dalam telefon genggam saya, saya mendapat balasan yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama.
*
Salam. Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua- dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga- tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. InsyaAllah.
*
Salam 1 Ramadhan 1431H.
*

No comments: