Thursday, August 12, 2010

Bangau Oh Bangau!

*
Lepas dari program DIE (Drama In English), anak- anakku seolah kemaruk untuk berlakon. (Hari ini baru ku tahu bahawa tempiasnya juga terkena pada anakku dari kelas lain yang datang menonton). Sehari sebelum Ramadhan, ada seorang cikgu menampal poster pertandingan video.
*
Anak- anakku yang kemaruk beria- ia hendak menyertainya.
*
Idea tak ada, suruh aku fikirkan (sudah lah buku karangan mereka buat aku sakit jiwa kepala). Dan masalah yang lebih utama, tarikh tutup penyertaan pada 30 Ogos ini. Sempat kah?
*
Ok, mari kita salahkan cikgu yang menampal poster itu.
*
Kredit untuk idea program DIE- Tok Rimau.
*

No comments: