Sunday, August 08, 2010

Malam Di Mana Clapper Board Menjadi Idaman Semua.

*
Semua mahu! Tapi ini clapper board aku. Iya, iya. DIY lagi.
*
*
Tapi clapper board yang ini semua boleh miliki.
*

Saya ada satu!
*
MASKARA Shorties kali ini menayangkan 30 filem pendek. Tapi sayang, aku cuma dapat tonton separuh sebab Apam Kacang tak mahu tidur *sobs*. Apa pun, ini review aku tentang Shorties malam semalam.
*
Sunrise Children's Village
Aku balik masa cerita ni hampir nak habis. Tiba- tiba kasut aku susah pula nak pakai. Terkial- kial. Sudahnya cerita ni habis. Tapi cerita ini sangat menyentuh hati. Terutama scene anak mengelap dahi ibunya dengan air. Tiba- tiba teringatkan Mak. *sobs* Tapi tak boleh nangis sebab nanti Brother Bear akan kutuk aku, kata budak-pendek-gembeng. Ahaks!
*
SROQ
Cerita yang lawak habis! Terutamanya scene seluar koyak dan kentut dalam air. Siapa yang tak pernah alami keadaan begitu sila angkat kaki. Sungguh menipu. Cerita yang tak banyak dialog, tapi ekspresi muka dan lagu yang sangat menggelikan hati. Terutamanya lagu jenis- jenis lauk pauk yang boleh dimasak.
*
A la Folie
Agak mengelirukan. Mungkin aku belum sampai tahapnya. Tapi masih enjoy!
*
Petra Bond
Secene yang tak boleh dilupakan adalah scene banyak sangat pintu yang perlu dilalui dan tangga yang perlu didaki. Sungguh, bila menonton pun tiba- tiba rasa nak semput (ha ha, tipu je). Scene staff yang balut- balut hadiah tu rasanya macam perkara biasa kat sekolah. (Hari tu baru ja bungkus hamper untuk anak- anak).
*
Pemandu Pelencong
Yay! Ini adalah cerita yang di tunggu- tunggu. Mendapat sorakan dan gelakan yang paling kuat dek dialog-dialognya. Auta habis sejarahnya. Semua musuh jadi sahabat. Tiba- tiba teringat kat Lily masa ni. Okay Lily, aku tau kau cikgu Sejarah, tapi jangan marah ya.
*
Selingan. Ehem. Ada seseorang dapat sesuatu. Apakah?
*
Low Budget Love
Okay, pada mereka yang pernah bercouple masa zaman- zaman belajar dan sengkek, cerita ini pasti sangat memori. Scene kegemaran, masuk kedai barang kemas. Leng chai dan Leng lui yang sweet sweet main kahwin- kahwin. (Leng lui, nama panggilan untuk aku oleh budak- budak Cina kelas 2E).
*
Lawan
Satira yang menjadi. Tak payah cakap banyak dah faham. Bila logo McDonalds dipasang terbalik, aku teringat rantai kunci aku masa sekolah rendah dulu tertulis "We Donalds". Sangat poyo. macam mana aku bolah dapat rantai kunci tu ya?
*
Kiamu
Terbaik!!! Harap sangat masa tengok cerita ni Brother Bear ada kat sebelah. Terkenang zaman dulu Asrama Pusat Segamat dulu. Bahagian tiup lampu sampai padam adalah denda kegemaran. Cuma yang tak ada adalah, tiup kipas sampai berpusing. Tapi benda semua ni terjadi pada budak lelaki ja. Budak perempuan paling- paling dahsyat pun kena pegang batang mop, berdiri dekat koridor menghadap Aspura dan nyanyi lagu Negaraku. Aku? Tak pernah kena.
*
Fighting Fit
Teringat cerita Baik Punya Cilok. Macam nak lakukan yubi-tsume ja sebagai bukti kesetiaan pada ketua.
*
Enam Lorong
Lorong highway yang menjadi kebangaan. Aku tak berapa ikut sangat sebab tengah layan mesej dengan Lynn yang tak dapat hadir. Ada urusan *ehem* munakahat katanya. Ha ha.
*
3 Hantu Silap Mata
Ada Husna yang comel!!! Gelak tanpa henti bila tengok silap mata yang silap dilakukan. Dijamin perut anda tidak pecah ketika menonton. Yang pecah cuma ketawa. Nguahahaha...
*
Preview Karipap Karipap Cinta
Rasanya Inche Vovince ada malam semalam. Er... Gambit tak pandai bawa motor ke? Itu soalan yang aku terdengar dari salah seorang penonton. Jangan tanya aku sebab aku sendiri tak pandai bawa motor. Basikal pun tak lepas!
*
Colours of Ideas
Mula- mula macam keliru, tapi akhirnya faham. Tanpa dialog sebenar, tanpa pelakon. Hanya bebola kecil berwarna warni menjadi simbol kepada mesej yang cuba disampaikan. Sarat dengan cerita- cerita politik yang disampaikan dengan cara yang santai dan menghiburkan.
*
Sepi Seorang Abdillah
Sepi lah sangat. Ha ha. Bak kata Brother Bear, "macam aku kenal mamat ni. Tapi kat mana ya? Baru aku ingat, aku baca blog dia melalui blog kau". Terima kasih Brother Bear sebab study dulu sebelum datang. Tuan empunya badan tak berkutik walau sedikit pun dalam cerita ini. Tapi yang aku paling suka ialah komen dari ayahandanya sendiri. Parents know their children the best!
*
Oh, itu sahaja review dari aku. Rasanya tak semua aku taip, tapi ini yang aku teringat.
Lyn, pastikan MASKARA akan datang kamu datang ya!
Brother Bear, sila promote MASKARA pada kawan- kawan yang kau suka. Sungguh aku pun tak puas berbual dengan kau. Apakah malam tu hidung kau hilang sampai tak mahu sertai aku berbual dengan Tok Rimau?
Tok, jumpa lagi ya!
*
Gambar- gambar adalah di cilok dari blog MASKARA Shorties.

5 comments:

Tok Rimau said...

Thanks. :-)

ay_yusof said...

You are very much welcome Tok!
=)

prof_jenggo said...

bukan ilang...tp kata2 yang ilang....sbb aku rasa mcm duduk dalam satu komuniti yang aku tak tau bahasa dan isyarat ape yang aku perlu guna...

tapi sekarang aku dah tau...rupanya redah je..=)...janji lepas ni aku takkan lari lagi klo ko jumpe dgn sape pun...

ay_yusof said...

Jenggo,
komuniti ni memang best walaupun aku sendiri tak berapa kenal sangat (terutama pengunjung- pengunjung lain). Tapi konsep dia memang pakai redah ja. Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Bang Naga masa aku pergi MASKARA 3 Julai dulu.

Bainun Waheeda said...

heee. saya baru perasan pasal the review pasal low budget love . thanks ya babe! :)