*
*
*
Ok, saya mengaku saya perasan. Tiba- tiba rasa jadi macam presenter masa MASKARA (perasan lagi). Ini gara- gara saya bacakan C3Rk45 pada budak- budak tuisyen minggu lalu. (Orang suruh mengajar, saya buat benda lain pula. Tsk.). Sebenarnya untuk mengisi masa yang tinggal beberapa minit sebelum pulang.
*
Dapat lihat mereka sangat enjoy dengan slot pendek ini. Sebenarnya aktiviti bercerita dengan pelajar adalah perkara yang paling selalu saya buat. Maklumlah, mengajar Bahasa Inggeris kalau tak ada selingan bercerita masing- masing tak faham (baca: mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu).
*
Rasanya cerita yang paling mendapat sambutan adalah cerita Ghost Writer (MatJan). Boleh nampak reaksi takut pada wajah budak- budak tu. Walaupun dah Tingkatan 3. Ha ha. Lagi seronok, budak Darjah 4 sampai terjerit- jerit lagi. Cis, tiba- tiba rasa menyesal cerita pada mereka. Itu belum lagi cerita hantu bulan lepas. Sudahnya budak- budak tu (Darjah 4) takut dengan almari sendiri.
*
Ok, nak pergi cari idea tulis cerita hantu. Selama ni pandai komen ja karangan budak- budak, sekarang ni orang pula yang komen 'karangan' saya. Daaa...
*
Wish me luck!
*
No comments:
Post a Comment