*
Bulan- bulan Ramadhan ini, rasanya banyak blog yang memaparkan/ membincangkan perihal makanan/ lauk pauk. Tapi blog saya jarang rasanya (atau pun tak pernah). Tapi hari ini, tiba- tiba saya teringat tentang kuih raya kegemaran saya. Maklumlah, sudah masuk minggu kedua berpuasa. Petang tadi pun jiran saya datang membawa flyers kuih raya. Nak tak nak, tempah juga.
*
Tapi sungguh, kuih dan biskut moden tidak berapa mendapat tempat di hati saya. Kalau ada pun sekadar sejenis dua. Kuih yang tetap mendapat tempat adalah kuih bangkit santan.
*
Semestinya yang Arwah Mak buat. Ianya cair di dalam mulut, emmm... sedapnya!
*
Acapkali raya, saya akan membantu Mak untuk membuat kuih raya. Pernah juga sanggup outing balik ke rumah dan buat kuih raya (asrama dekat dengan rumah). Rasanya kalau banyak masa, saya dapat membuat kuih- kuih itu sendiri, tapi tidak kuih bangkit.
*
Kalau ada yang mengatakan dia tidak tahu membuat sesuatu kerana cikgunya sudah meninggal, maka itu adalah alasan yang paling sesuai untuk saya.
*
Resepi ada di tinggalkan, tapi yang saya tak sempat ceduk dari Mak adalah petua dan teknik untuk mengulinya. Tugas saya dahulu cuma menyediakan dulang, menyepit dan membakar kuih.
*
Cukup- cukup. Entri berkaitan makanan memang tak in dengan saya. Lagi pun saya bukan yang jenis memilih makanan sangat, yang penting cukup zat dan kenyang. Tak sedap belakang kira, dalam perut nanti bercampur juga (dasar tekak budak asrama, membujur lalu melintang sapu. Ha ha).
*
Oh, satu lagi kuih kegemaran tetapi dah lama tak jumpa- kuih talam berlauk.
*
Sedapnya!
*
No comments:
Post a Comment