Wednesday, June 29, 2011

Selamat Datang Anak Kelinci!

(updated entry)

Alhamdulillah, kakak saya ms tepung aka ryy.han telah selamat melahirkan anak keduanya. Kepada yang membaca blognya pasti tahu, yang ini kali kedua anaknya overdue.



Memperkenalkan putera kedua, Sheikh Muhammad Alif.
Lahir hari ini (29-6-2011) jam 5 petang.

Kepada anak harimau, Sheikh Muhammad Afham, Cikde tetap sayang kamu. Ada banyak momen-momen yang Cikde takkan lupa. Afham banyak mengingatkan cikde pada kawan kesayangan Cikde ^_^

Monday, June 27, 2011

Entri Baru

...sebenarnya cuma nak bagi tahu aku sibuk. Ha ha.

Bukan fasal tengoh gelong atau sebagainya. Tapi minggu ni memang sibuk. Ya, dan hari Rabu nanti kaki dan mulut aku akan penat ya amat. Kaki penat sebab kena berdiri (anggaran masa 2 jam) sebab jadi pengacara majlis. Penat mulut sebab jadi pengacara majlis (yang sama) dan beri kad laporan kemajuan kepada ibu bapa. Berdasarkan pengalaman tahun-tahin lepas, tekak memang kering macam kat gurun Sahara. Jadi aku rancang nak bawa botol air 1.6 liter. Amacam?

Sabtu ini ada Larian 1 Pelajar 1 Sukan.
Sabtu minggu depan mungkin terlibat dengan perkhemahan pelajar Tingkatan 6.
Sabtu seterusnya ada bengkel DIE! dengan pelajar
Sabtu terakhir paling best. Akan ke KL untuk menghantar Ayah dan mungkin akan dapat pergi MASKARA lagi!

Okbai!

Sunday, June 26, 2011

8 bulan 1 minggu 5 hari

"Pakcik, kenapa saya tak marah bila pakwe saya minta putus?"
"Hah?"














"Our last breakfast?"

Wednesday, June 22, 2011

Gangguan

Sebenarnya gua tak mahu cerita pasal buku ini sebab gua segan. Ya, gua terlibat dengan pembikinan buku ini (macamlah terrer sangat). Tapi gua nak cerita juga sebab gua terjumpa satu perkara yang sangat menarik tentang buku ini.


Amacam, menarik tak kulit buku ni? Sila cakap menarik. Penat King of Kaver buat tau!

Ya, kembali kepada cerita asal, kenapa gua rasa buku ni menarik.

Sepertimana buku-buku dan blook-blook yang diterbitkan oleh Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan Yang Mereka Suka, Gangguan adalah sebuah buku berbahasa Malaysia. 10 orang penulis bercerita tentang gangguan dari alam yang sebelah lagi. Gua tulis pasal perkara yang paling dekat dengan jiwa gua. Tentang kerja separuh masa yang gua suka.

Selain dari gua, seorang cikgu Bahasa Inggeris, buku ini juga ditangani oleh beberapa orang yang hidupnya berkait dengan Bahasa Inggeris. Tok Rimau contohnya bukan sahaja menulis dalam buku ini, tetapi juga merangkap ketua projek dan editor pertama buku ini. Mat Jan, seorang lagi cikgu BI yang merupakan editor, penulis blurb dan pengantar buku ini.

Gua ingat hari tu (tahun lepas) Tok ada bagi tau gua ada lagi seorang cikgu BI yang menulis untuk buku ni. Tapi gua tak ingat siapa.

Buku ni sedang dalam proses pencetakan. Akan mula dijual pada bulan September ini. Senang cerita, bermula pada malam MASKARA Shorties nanti pada 24 September 2011. (Tu yang Tok kata la, tapi kalau Jeneral dia kata 'kita cepatkan lagi', maka cepatlah buku ni keluar).

Tiba-tiba gua rasa gua terrer. Riak. Amacam?

Sunday, June 19, 2011

Lelaki Paling Istimewa Dalam Hidup Saya

Kalau ada perempuan kata dia tak perlukan lelaki,
kalau ada lelaki kata dia tidak perlukan perempuan,
maka dia bodoh.

Lelaki dan perempuan diciptakan saling memerlukan satu sama lain. Melengkapi kekurangan. Merai kelebihan. Bagaikan satu bulatan yang ada missing piece nya. Seperti Ying dan Yang.

Tanpa dia, saya tak mungkin ada dan berada di tahap ini. Tak mungkin saya dapat menaip entri ini.

Terlalu banyak rasa yang terpendam dalam hati ini yang tak mungkin saya mampu luahkan. Dia istimewa dengan caranya yang tersendiri. Dia bukan yang terbaik, tetapi dia berusaha dan saya tahu dalam hatinya penuh dengan cinta kepada perempuan disekelilingnya termasuk saya.

Mungkin saya akan berjumpa orang sepertinya lagi, mungkin juga tidak. Jika ada sekalipun, tidak akan sama walaupun serupa.

Dia lelaki yang meraikan dalam diam. Yang membuat saya yakin kepada diri sendiri, yang melepaskan saya saat saya sudah boleh berdikari walau dalam hatinya masih ada sangsi. Membakar semangat saya saat saya rasa terlalu lemah dengan nasihat yang dipetik dari salah satu surat cinta yang berjumlah 114 itu. Kadangkala dia sengaja melemparkan saya ke laut lepas dan cuma memerhati dan berbisik dalam diam bahawa saya mampu.

Kerana itu, saya dedikasikan lagu ini buatnya. (Terima kasih Fynn Jamal kerana menciptakan lagu yang sangat bermakna ini)



Lelaki, sambutkan hormatku dari seluruh perempuan.

Baris yang paling bermakna buat saya. Betapa tinggi pengharapan itu.

Ketika belajar di peringkat Ijazah, sangat jarang terlintas di hati saya untuk mencari seseorang buat menemani saya di sebelah. Kenapa? Kerana saya ada dia. Sifat pelindung dan pembelai kasihnya menebal dalam hati saya membuatkan saya tidak terfikir untuk mencari yang lain. Apa perlunya yang lain jika saya ada dia?

Tetapi, jika satu hari nanti dia pergi, bagaimana agaknya saya?

Segala kasih, cinta, kekuatan dan penghormatan yang diberikan kepada saya, rasanya terima kasih itu terlalu kecil.

Buat bakal ayah dan ayah di luar sana, sayangi anak perempuanmu. Manjakan mereka lebih dari anak lelaki (dengan cara yang terkawal). Raikan mereka kerana mereka akan membesar sebagai anak yang menyayangi keluarga mereka lebih dari yang lain. Cinta mereka akan lebih kepada keluarga.

Ayah, saya bangga membawa nama Yusof sepanjang perjalanan kaki saya.

notakeyboard:
1. 114 surat cinta- surah di dalam Al-Quran
2. Tips menawan hati anak sebelum dan apabila mereka dilamun cinta- rujuk majalah Anis edisi Oktober 2010 (terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.)

Wednesday, June 15, 2011

Hadiah Ulang Tahun

16 Julai ini genap 3 tahun saya berkhidmat sebagai guru di sekolah atas bukit. 3 tahun bukan satu jangkamasa yang panjang bagi yang sudah lama berkhidmat. Tetapi bagi yang masih setahun jagung seperti saya, 3 tahun itu sedikit sebanyak mendedahkan saya kepada cabaran seorang guru pada hari ini.

Macam-macam orang kata perihal tugas guru, rungutan guru. Tapi saya tak mahu cerita semua itu. Saya cuma mahu hadiah untuk diri saya sendiri selepas bertungkus lumus bekerja selama 3 tahun.

Berikut adalah antara hadiah yang saya boleh berikan untuk diri sendiri.

1. Baju- beli baju paling cantik dan paling mahal.
Verdict: Tak relevan. Baju saya sudah cukup banyak, tidak akan diulang pakai dalam jangkamasa 3 bulan setengah (tidak termasuk baju batik). Lagi pun beli baju mahal rugi, bukan boleh pakai (tayang) hari-hari.

2. Tas tangan/ kasut- oh, saya mahu tas tangan Paris Hilton yang baru!
Verdict: Tak relevan. Koleksi tas tangan saya elok lagi. Beli banyak buat kumpul habuk sahaja. Lagi pun, kalau banyak sangat nak letak di mana? Kasut, saya baru beli but baru ketika cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Prinsip saya, beli kasut yang selesa (mahal sedikit tak apa, tetapi mesti berpatutan) dan lenjan sampai rosak.

3. Telefon bimbit- saya mahu Blackberry, ada yang cadangkan iPhone.
Verdict: Telefon saya masih berfungsi elok. Selagi boleh menerima dan menghantar SMS/ MMS, memanggil dan menjawab panggilan sudah cukup. Ambil gambar/ rakam video? Saya ada kamera digital sendiri.

4. Buku- senarai buku yang saya mahu mungkin terlalu panjang.
Verdict: menarik tetapi tidak praktikal. Saya ada setimbun buku yang belum saya khatamkan dan dua timbun buku yang saya belum mentong. Pengaruh zaman belajar, setiap buku yang saya miliki akan saya baca sekurang-kurangnya 3 kali.
Lagipun banyak buku pelajar yang saya perlu tanda.
1 pelajar= 5 buku.
1 kelas= 40 pelajar (maksimum).
5 kelas= 200 pelajar.
200 pelajar= kiralah sendiri berapa banyak buku.

5. Melancong- saya mahu ke Sabah!
Verdict: Tahun ini saya sudah ambil sehari CRK. Sehari lagi saya akan ambil pada 20 Julai ini. Bukan kerana saya ingin berehat, tetapi atas urusan keluarga. Jangan katakan mahu pergi melancong jauh-jauh, ikut rombongan sekolah atau pergi berkursus luar daerah lebih dari 3 hari pun saya sudah resah.

6. Pakwe baru- saya mahu Anuar Zen!
Verdit: Ha ha. Tak pernah masuk senarai pun acara mencari pakwe. Kecuali saya tiba-tiba gila.

7.

8.

9.

10.


Saya tak ada idea. Beri cadangan, boleh?
(Sila abaikan hadiah keenam. Tak masuk akal pun.)

Saturday, June 11, 2011

Tupperware

Sebenarnya saya baru putus cinta. Kelakar sungguh cara saya bercinta dan dengan siapa saya bercinta. Bila dia kata dia mahu memutuskan perhubungan, saya kata 'okay'. Bukan maksudnya saya sudah tidak sayangkan dia lagi. Tapi saya tahu, kalau saya tahan dia sekalipun, tak ada gunanya. Walaupun dia kata dia masih sayangkan saya, saya tahu perhubungan kami tidak akan ke mana.

Saya pernah bercerita tentang perhubungan kami melalui entri ini. Kepada sesiapa yang bijak, sila tafsir dan beritahu saya. Kalau betul, saya belanja kopi c",)

Rasanya saya perlu berhenti menulis di blog buat seketika. Entri pada 19 dan 26 Jun ini adalah entri auto-post. Saya perlukan masa untuk merawat hati. Saya perlu tampal handyplast di hati saya. Ironinya, saya sudah beli handyplast itu ketika hubungan kami belum pun sampai sebulan.

Doakan saya kuat. Saya ada keluarga yang memerlukan saya dan anak-anak yang masih memerlukan bimbingan saya.

Buat RR, jangan bimbang tentang saya. Janji saya, kita masih berkawan. Saya masih perlukan bimbingan dan nasihat awak. Terima kasih di atas segala kenangan manis yang awak berikan kepada saya. Terima kasih kerana mendengar dan membaca omelan saya. Terima kasih kerana memberikan perhatian kepada saya, satu-satunya perkara yang saya sangat mahu dari awak (awak pernah tanya, tapi saya tak berikan jawapannya). Kalau kita jumpa lagi, saya harap awak sudi berduet dengan saya lagu ini.



Okay, sekarang saya nak tampal plaster. Babai!

Friday, June 10, 2011

Orang Sebelah

(ini entri mengumpat. Tak suka sila tinggalkan blog ini.)

Saya perlu menulis. Saya perlu luahkan apa yang ada dalam hati dan minda saya.

Sejak dari hari pertama saya di lahirkan, bahkan sejak saya berada di dalam rahim emak saya lagi, saya sudah mendiami rumah ini. Berjiran dengan mereka yang bukan Islam, bukan Melayu, tetapi saya gembira. Kami gembira kerana tidak ada pergaduhan besar-besaran, bahkan permuafakatan yang baik. Kami tidak pernah disisihkan. Sehingga saya berada di dalam Tingkatan 4, saya tidak pernah ada jiran Melayu.

Saya tidak anti dengan bangsa sendiri, tetapi say hairan dengan jiran Melayu saya. Bercakap sekuat hati, putar volume radio dan televisyen pada kadar maksimum, jerit tempik anak sendiri siang malam. Saya pening. Si anak pula sesuka hati memanggil ibu mereka bodoh dan gila, bermain di luar rumah tidak ingat siang malam, ponteng sekolah. Saya tertekan.

Bukan bermaksud keluarga saya sangat baik. Tetapi sekurang-kurangnya kami memahami erti timbang rasa. Mungkin kerana terbiasa dengan kawasan perumahan yang tenang-tenang, saya tidak betah dengan perkara sebegini.

Saya tidak pernah rasa tidak selamat di rumah sendiri. Tetapi itu yang saya rasa sekarang. Jangan salahkan kami kalau paranoid. Rasanya sesiapa pun akan begitu kalau rumah sebelah diintip, diserbu polis.

Oh ya, jiran-jiran Melayu saya sangat berat mulut juga. Bahkan tidak diajar anak-anak mereka untuk menegur kami. Jiran Cina, India bahkan Orang Asli yang saya pernah ada sekurang-kurangnya berbahasa. Jika tidak menegur saya pun, mereka menegur Ayah, abang atau Emak saya (ketika dia masih ada).

Tolong saya. Tolong saya memahami jiran yang sebangsa dengan saya. Saya tidak anti bangsa sendiri.

Wednesday, June 08, 2011

Caca Marba

Dah lama sebenarnya nak buat entri mengenai peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Baru hari ini berpeluang untuk mengedit gambar yang berada dalam kamera.

Soalan subjek Sains, Kertas 2 bagi pelajar Tingkatan 1.

Soalan: Berdasarkan struktur sel yang diberikan dalam Jadual 2, nyatakan fungsinya. (Ada 3 sel, tapi aku mahu fokus pada sel yang kedua sahaja. Tengok gambar kau tahu sel apa. Aku gelak-gelak baca jawapannya.)

Jawapan 1

Menyuburkan

Jawapan 2
Anak benih

Jawapan 3

Memudahkan pergerakan sel-sel di dalam darah

Jawapan 4

Klamiaomonas- bergerak di dalam air

Jawapan 5
Menjadi sel manusia untuk bergerak

Jawapan 6
Superma: fungsinya ialah yang di dalam kandung perempuan dengan persetubuhan untuk mendapat cahaya mata.

Jawapan 7

-living thing -can move -very tiny

Jawapan 8Untuk menjaga hidupan dalam air

Jawapan 9

Untuk pembiakan wanita

Aku pantau jawapan pelajar sambil tergelak-gelak. Rasanya anak-anak aku ni tidaklah terlalu naif. Mungkin, mereka tahu jawapannya cuma tak tahu macam mana nak menerangkannya.

Monday, June 06, 2011

What's Your Fragrance?

I was reading my old Her World magazine when I came across an article about how a smell could ring a bell of memory of someone or incident. As far as I am concern, I had this phobia of perfumes when I was 4 or 5 years old.

Back than, I was a little rascal (I bet I am still one!). While playing with my brother one day, I accidentally shower myself with my father's perfume. (Until now I could not remember the brand or the smell. Hopefully it is not the perfume that my mom gave to my father as a part of the hantaran!) Too bad, instead of feeling happy for the nice smell, I had rashes all over my body. Those days, I had allergic to a lot of things. Perfumes, seafood... just name it.

When I grow up, I tried to challenge my fear of perfumes and yes, I did it! My first perfume (if I say it is a real one) is a bottle of roll on EDT that you can buy at the price of RM 6- RM 10 and the smell was strawberry. Hi hi.

I realized that the smell that I picked is very much influenced my mom's opinion. She loves Sweet Honesty and I tried it too. When I checked my cosmetic pouch on my dressing table, I came across 2 bottles of roll on Sweet Honesty. Too bad, I do not find it sweet anymore.

Then, I jumped into Body Shop. Why? Because the price is affordable and you can find it almost anywhere. I fall in love automatically with this particular perfume. It makes me hungry and craving for it. The first thing that came to my mind was, will my students dare to 'bite' me if they smell this? Ha ha. I know someone will 'bite' me if I wear it. *wink*wink*

Choclatey taste and smell, yes, it was my dear Amorito. Amorito, love.

Untill end of last year, I was running out of it. I search for it up and down. All the way from KL to JB. To my disappointment, it has been discontinue (just like Dewberry). The best thing that I can do at that time was looking for another perfume that has more or less the same note. Therefore, I found Vanilla.

I realized that Sweet Honesty, Amorito and Vanilla have one thing in common. The base note for these perfumes is vanilla. A flower that you can use as a part of your food and perfume. However, I hate vanilla as a flavor in food. I hate vanilla ice-cream, I hate vanilla roll. I hate the sweet taste.

Yet, I love the sweet smell.



I still miss my Amorito, and my dear amorito too.

Sunday, June 05, 2011

Jenis-Jenis Nasi Minyak

Sekarang musim orang kahwin. Kata seorang kawan saya, musim mengawan. Sememangnya musim cuti sekolah menjadi pilihan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Hujung tahun, berebut-rebut bakal pengantin cari kalendar nak pilih tarikh majlis. Kalau kau buat majlis bukan pada musim cuti sekolah atau cuti umum di tambah lagi tengah-tengah minggu, orang kata kau gila. Lain la kalau kau artis. Ini semua mind set orang sahaja. Suka hati kau la nak kahwin bila. Kan? Tapi jangan gaduh kalau tak ramai datang.

Kepada yang masih solo, belum berhajat untuk berduet, trio mahupun membuat satu kumpulan band, 'lagu' yang sering dikumandangkan ke telinga anda adalah 'bila nak kahwin?' dan 'bila nak merasa nasi minyak?' Maka di sini diturunkan jenis-jenis nasi minyak yang kau boleh 'hidang'kan kepada mereka yang bertanya.

1. Nasi minyak masak
Minyak masak banyak jenama. Pilih aja mana satu. Nak yang biasa? Kurang kolestrol? Pemeringkatan 2 kali?
2. Masi minyak angin
Minyak Cap Kapak? Minyak Geliga? Minyak Cap Dua Singa?
3. Nasi minyak urut
Nak yang biasa-biasa ada, yang panas berangin pun ada.
4. Nasi minyak wangi
Tempatan atau antarabangsa? Murah, mahal pun ada. Lepas makan nafas berbau wangi.
5. Nasi minyak zaitun
Nak minyak zaitun yang untuk masakan ada untuk kecantikan pun ada. Kalau untuk masakan punya boelh pilih yang biasa atau pun EVOO (extra virgin olive oil)
6. Nasi minyak guna-guna/ dagu
Yang ini rare. Nak dapatkan pun susah. Tapi kalau kena gaya, boleh la tawan anak lelaki atau anak perempuan makcik/ pakcik yang bertanya. Tapi kalau yang bertanya tu kawan sendiri yang baru 2,3 bulan berkahwin, nampaknya terpaksa la kau tunggu sampai anak dia besar baru kau boleh pinang.
7. Nasi minyak petrol
Harga petrol naik sekarang. Kalau nak jimat, guna RON 95. NGV tidak diambil kira.

Sekian tutorial untuk hari ini. Idea untuk tutorial hari ini adalah hasil perbincangan melalui SMS dengan CikMus dan adik-adiknya.

Friday, June 03, 2011

Praimeri

Kuali sayur masih bertenggek di atas dapur. Saya berkira-kira untuk mencuci beras. Di satu sudut dapur, pemain mp3 saya tergantung bersama pembesar suara mini. Lagu 'Bibir Ceri Melati' berkumandang.

Ayah masuk ke dapur.

"Sekarang ni gitar tong pun budak-budak main juga ye?"
"Biasala. Lagi-lagi yang baru belajar (cakap macam terrer benor). Ni band dari Kuala Lipis."
"Kalau macam tu, band Orang Asli main lagi best. Kehkehkeh."

Tiba-tiba aku rasa bersalah.

Thursday, June 02, 2011

Tempias

Cikgu praktikal yang duduk di sebelah aku terduduk sambil menggosok-gosok perutnya. Aku bertanya, kenapa? Dia kata, sakit perut sejak semalam.

Berisi? Mungkin, katanya.

Terus aku teringatkan cikgu yang asalnya duduk di sebelah aku yang sedang cuti bersalin.

Sedar tak sedar, rupanya selama aku mengajar di sekolah ini aku sering duduk berdekatan dengan ibu mengandung. Workstation pertama aku adalah tempat cikgu yang sedang cuti bersalin anak kembar (aku juga menggantikan semua kelasnya). Bila dia kembali bertugas, aku berpindah tempat. Kebetulan ada cikgu yang berpindah sekolah, maka aku mengambil tempatnya.

Berpindah di workstation baru, aku berjiran dengan ibu mengandung yang kemudiannya dapat berpindah. Kekosongan itu di isi dengan cikgu yang baru posting. Sepanjang dia duduk di sebelah aku, sudah dua kali dia mengandung.

Mungkin, aku ada satu perisai untuk membalikkan virus mengandung ni. Kehkehkeh.

Sabtu ini, cikgu yang duduk di hadapan aku akan melansungkan perkahwinannya. Adalah dia juga akan mendapat virus mengandung dalam kadar yang segera juga?

Orang kata, jadi pengapit cepat tempias naik pelamin (tapi Fikri Kacak kata jangan jadi pengapit lebih dari 3 kali). Okay, semuanya tak berkesan pada aku. Rasanya aku ada perisai yang ampuh untuk melindungi sekaligus menepiaskannya kembali kepada orang lain.

Sekarang aku rasa aku hebat.

notakeyboard: mode menyedapkan hati sendiri.kehkehkeh.