Tuesday, August 31, 2010
Kongsi
Monday, August 30, 2010
12: 20, 6:30
*
Dahulu, saya belajar di sidang petang. Penatnya bukan main. Sudahlah penat, mengantuk pula (waktu pagi saya bersekolah agama). Dari Isnin sampai Khamis, kelas kami bermula pukul 12:20 tengah hari. Bayangkan dalam terik mentari waktu itu, kami baru mula hendak belajar. Panas, berlengas dan macam- macam rasa lagi. Tapi yang untungnya, kami tidak perlu beratur sebelum masuk kelas. Tiba- tiba rasa beruntung menjadi pelajar RKA (Rancangan Khas Agama).
*
Tapi jika dibandingkan dengan pelajar sekarang di sekolah itu, rasanya pelajar RKA tidak merasa sebarang keistimewaan. Sebabnya? Pelajar sekarang beratur di dalam dewan. Waktu kami dahulu, beratur di padang!
*
Masuk Tingkatan 3, saya sudah berada di sidang pagi. Sekali lagi rasa seronok, sebab cuma pelajar Tingkatan 3 Rancangan Khas (RKA dan RKB) yang berada di sidang pagi (termasuk pelajar Tingkatan 4 sehingga 6). Pelajar Tingkatan 3 yang lain masih di sidang petang.
*
Tapi pelajar sekarang tidak rasa bertuah (lagi sekali). Sebabnya, semua pelajar Tingkatan 3 sudah berada di sidang pagi. Ha ha.
*
Masuk Tingkatan 4 (pertengahan tahun), saya keluar asrama (atas alasan tertentu, tetapi bukan hal disiplin). Minggu pertama sebagai outsider, penatnya bukan main! Tiba di sekolah seawal 6:30 pagi. Perkara ini berterusan sehingga habis Tingkatan 5.
*
Bahkan ketika di Tingkatan 5, saya berada di sekolah hampir 12 jam! Mana tak nya, tiba jam 6:30 pagi. Paling lewat saya meninggalkan sekolah jam 5:10 petang. Kalau ada yang bertanya bau ketika itu... usah di tanyalah. Masing- masing lebih kurang aja. Tak percaya, tanya Cicak.
*
Sekarang, setelah lebih dua tahun bergelar pendidik, saya terimbau nostalgia zaman persekolahan. Ada ketikanya jadual mengajar saya memerlukan saya masuk ke kelas dan mengajar pada jam 12:30 tengah hari. Saya boleh faham perasaan pelajar ketika itu. Panas, tidak selesa, penat.
*
Walaupun rumah saya dekat dengan sekolah, tetapi saya tetap tiba di sekolah awal. Selalunya sekitar 6:40 ke 6:45 pagi. Tapi masih tidak dapat menandingi Ketua Panitia saya yang tiba lebih awal. Menjejaki 15 Ramadhan, saya terlihat bulan di dada langit tatkala saya tiba di sekolah. (gambar di atas telah diedit supaya lebih jelas)
*
Sungguh, saya rindu zaman persekolahan saya.
*
Sunday, August 29, 2010
Cukup
Satu malam ketika kami sedang menonton Buletin Utama sambil berbual- bual. Entah tak semena- mena terkeluar cerita perihal telur. Tiba- tiba terpacul idea dari kepala terus ke mulut ku.
*
"Ayah, agaknya ada tak orang buat telur dadar dari telur puyuh?"
Ayah ketawa.
*
"Berapa banyak yang diperlukan untuk cukupkan sekeping telur dadar saiz pinggan makan? Banyak tau!"
*
Aku ketawa.
"Eh, masa Mak ada dulu pernah tau buat telur dadar dari telur asin. Senang, tak payah pakai garam."
*
Aku terbayang saat itu.
*
Dan untuk kesekian kalinya, nama Mak sentiasa hidup dalam cerita- cerita kami.
*
Wednesday, August 25, 2010
Kata Luhur.
Sila abaikan tanda gigitan
*
Ada beberapa ucapan, tapi itu tak penting. Yang penting ia datang dari hati.
*
Shiro "Selamat Hari Raya!"
Sehingga entri ini ditaip, saya mendapat 3 perkhabaran gembira.
> Yuzaine (adik kembar) mengandung.
>Dapat surat dari PPD untuk jadi salah seorang penggubal soalan akhir tahun (Tingkatan 1) peringkat daerah.
> Pn. Faiz mengandung!
*
Hadiah untuk diri sendiri? Nak makan ais krim malam esok (esok ada majlis khatam di sekolah, ada alasan untuk keluar malam. Bulan Ramadhan ni, tuisyen buat pagi Sabtu dan Ahad).
*
Sunday, August 22, 2010
Kuih Raya Kegemaran.
Bulan- bulan Ramadhan ini, rasanya banyak blog yang memaparkan/ membincangkan perihal makanan/ lauk pauk. Tapi blog saya jarang rasanya (atau pun tak pernah). Tapi hari ini, tiba- tiba saya teringat tentang kuih raya kegemaran saya. Maklumlah, sudah masuk minggu kedua berpuasa. Petang tadi pun jiran saya datang membawa flyers kuih raya. Nak tak nak, tempah juga.
*
Tapi sungguh, kuih dan biskut moden tidak berapa mendapat tempat di hati saya. Kalau ada pun sekadar sejenis dua. Kuih yang tetap mendapat tempat adalah kuih bangkit santan.
*
Semestinya yang Arwah Mak buat. Ianya cair di dalam mulut, emmm... sedapnya!
*
Acapkali raya, saya akan membantu Mak untuk membuat kuih raya. Pernah juga sanggup outing balik ke rumah dan buat kuih raya (asrama dekat dengan rumah). Rasanya kalau banyak masa, saya dapat membuat kuih- kuih itu sendiri, tapi tidak kuih bangkit.
*
Kalau ada yang mengatakan dia tidak tahu membuat sesuatu kerana cikgunya sudah meninggal, maka itu adalah alasan yang paling sesuai untuk saya.
*
Resepi ada di tinggalkan, tapi yang saya tak sempat ceduk dari Mak adalah petua dan teknik untuk mengulinya. Tugas saya dahulu cuma menyediakan dulang, menyepit dan membakar kuih.
*
Cukup- cukup. Entri berkaitan makanan memang tak in dengan saya. Lagi pun saya bukan yang jenis memilih makanan sangat, yang penting cukup zat dan kenyang. Tak sedap belakang kira, dalam perut nanti bercampur juga (dasar tekak budak asrama, membujur lalu melintang sapu. Ha ha).
*
Oh, satu lagi kuih kegemaran tetapi dah lama tak jumpa- kuih talam berlauk.
*
Sedapnya!
*
Friday, August 20, 2010
Thursday, August 19, 2010
Mini MASKARA
*
*
Ok, saya mengaku saya perasan. Tiba- tiba rasa jadi macam presenter masa MASKARA (perasan lagi). Ini gara- gara saya bacakan C3Rk45 pada budak- budak tuisyen minggu lalu. (Orang suruh mengajar, saya buat benda lain pula. Tsk.). Sebenarnya untuk mengisi masa yang tinggal beberapa minit sebelum pulang.
*
Dapat lihat mereka sangat enjoy dengan slot pendek ini. Sebenarnya aktiviti bercerita dengan pelajar adalah perkara yang paling selalu saya buat. Maklumlah, mengajar Bahasa Inggeris kalau tak ada selingan bercerita masing- masing tak faham (baca: mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu).
*
Rasanya cerita yang paling mendapat sambutan adalah cerita Ghost Writer (MatJan). Boleh nampak reaksi takut pada wajah budak- budak tu. Walaupun dah Tingkatan 3. Ha ha. Lagi seronok, budak Darjah 4 sampai terjerit- jerit lagi. Cis, tiba- tiba rasa menyesal cerita pada mereka. Itu belum lagi cerita hantu bulan lepas. Sudahnya budak- budak tu (Darjah 4) takut dengan almari sendiri.
*
Ok, nak pergi cari idea tulis cerita hantu. Selama ni pandai komen ja karangan budak- budak, sekarang ni orang pula yang komen 'karangan' saya. Daaa...
*
Wish me luck!
*
Wish List.
Boleh dapat ke kalau buat?
*
Tak pe. Buat ja, kalau tak dapat pun tak pe. Nanti usaha lagi untuk beli sendiri.
*
Tinggal seminggu ja lagi. Hari gaji.
^_^
*
Wednesday, August 18, 2010
Pergi.
Sebolehnya aku cuba untuk tidak menaip sebarang entri yang menyedihkan. Sebabnya, jika aku meniap entri tersebut, secara automatik mataku juga turut bergenang.
*
Jika beberapa bulan lalu aku kehilangan seorang pelajar yang aku kagumi bakatnya (walaupun aku tidak mengajarnya), hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada salah seorang anak muridku. Dalam bulan yang mulia ini dia pergi.
*
Al- Fatihah buat rohnya.
*
Aku mendapat perkhabaran ketika sedang mengajar di kelas 1F. Tidak tahu bagaimana untuk aku bereaksi tatkala kedua- dua anakku yang menyampaikan berita itu menitiskan air mata. Aku terpana sesungguhnya. Bagai terimbau kembali aku berada di tempat mereka tiga tahun lalu. Ramadhan 2007, aku merayu kepada pensyarahku supaya aku dilepaskan pulang lebih awal.
*
Sungguh, aku tidak tahu bagaimana seharusnya aku bereaksi.
*
Tapi aku sangat tahu perasaan anak muridku yang baru kehilangan ibunya. Ramadhan dan Syawal ini tidak lagi seperti Ramadhan dan Syawal yang lalu. Dan pada tahun- tahun yang mendatang, ia tetap tidak akan sama.
*
Yang pergi tidak akan kembali.
*
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia jugalah kita kembali.
*
Monday, August 16, 2010
Pengsan
Hari itu. Pulang dari sekolah aku langsung ke bandar. Mencari kain untuk baju Melayu Ayah. Tiba di rumah, baru merebahkan badan, aku dapat satu panggilan. Tiga minit selepas itu aku 'pengsan'.
*
Hakikatnya mengajar 5 waktu pada hari Jumaat adalah sangat menyakitkan. (Waktu p&p pada hari Jumaat adalah 6 waktu). Dan aku tak boleh duduk. Satu kepantangan bagi pengetua (kadangkala anak- anakku akan menyuruh aku duduk jika mereka melihat aku nampak pucat).
*
Dan Ramadhan kali ini aku berdoa sesungguh- sungguhnya agar kemalangan seperti Ramadhan dua tahun lalu tidak lagi berulang.
*
Gara- gara penat.
*
Dan aku hampir pengsan.
*
Friday, August 13, 2010
Tak Biasa
Sebelum bulan Ramadhan, adalah beberapa kali aku puasa sunat. Untuk latih stamina dan suara (padahal dulu pernah kena cabar dengan pelajar sendiri- buktinya, suara aku masih cukup kuat waktu bulan puasa). Waktu puasa sunat, aku tak rasa lapar, dahaga dan penat pun. Rasa biasa ja.
*
Tapi baru dua hari mengajar dan berpuasa (Johor cuti pada awal Ramadhan), aku rasa penat sungguh.
*
Silap latihan ke?
*
Merah.
Ayah berada di dapur. Aku menjenguk. Di luar, tiga ekor si manja berkaki empat memanggil- manggil syahdu.
*
Aku menjenguk.
*
"Itu Kelabu Ayah rasa".
Si kaki empat itu aku lihat agak menyedihkan. Telinganya terlipat.
*
"Tak macam Kelabu pun."
"Iya, Kelabu tu. Tengok ekornya. Kontot."
"Macam sakit 'ja."
"Ia la, tengok mulutnya. Senget. Kena angin ahmar."
*
Cet!
*
Ah, Ayah masih macam dulu- dulu.
*
Thursday, August 12, 2010
Bangau Oh Bangau!
Lepas dari program DIE (Drama In English), anak- anakku seolah kemaruk untuk berlakon. (Hari ini baru ku tahu bahawa tempiasnya juga terkena pada anakku dari kelas lain yang datang menonton). Sehari sebelum Ramadhan, ada seorang cikgu menampal poster pertandingan video.
*
Anak- anakku yang kemaruk beria- ia hendak menyertainya.
*
Idea tak ada, suruh aku fikirkan (sudah lah buku karangan mereka buat aku sakit
*
Ok, mari kita salahkan cikgu yang menampal poster itu.
*
Kredit untuk idea program DIE- Tok Rimau.
*
Tuesday, August 10, 2010
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Bahasa Arab saya sudah berkarat. Menyesal dulu- dulu tak belajar rajin- rajin (masa tu tak nampak lagi potensi diri cerdik bahasa).
*
Esok umat Islam mula berpuasa. Puasa bagi saya sangat nostalgik. Rasanya Ramadhan terbaik saya adalah Ramadhan 2007, tapi tak perlulah saya cerita lagi rasanya. Sebab tahun lepas saya dah cerita. Ha ha.
*
Tapi satu perkara yang saya sangat rindu dan terkenang kan Ramadhan 2007 adalah ketika berbuka puasa dan berterawih. Sebabnya saya selalu berbuka sendiri. Bukan tak mahu ke bilik kawan, tetapi kalau makan beramai- ramai selalunya lewat untuk solat Marghrib. Sangat tidak suka, sebabnya nanti saya akan terlepas untuk mengaji. Oh ya, kenapa bersendirian, tak ada teman sebilik kah? Benar, buat kesekian kalinya saya tak ada teman sebilik. Dan saya selesa begitu. Iya, musim- musim itu saya sedikit beremosi dengan hal- hal keluarga.
*
Usai solat Maghrib dan mengaji, saya akan menanti Isyak dan solat sendiri lagi di bilik sementara menanti Imam
*
Bahagian yang paling tidak menyeronokkan bila solat terawih bersama kumpulan pelajar lelaki ini dalah cara mereka memakai kain pelikat. Ada yang memakai agak senteng (hampir sejengkal dari paras buku lali) dan kami di belakang dapat melihatnya kerana tidak ada tirai pemisah. Tiba- tiba pada ketika saat itu saya bersyukur sangat kerana saya rabun. Jadi, tidak lah dapat saya mengecam pelajar tersebut.
*
Tapi Ramadhan 2007 sentiasa melekat di hati saya. Masih teringat lagi, banyak air mata yang tumpah...
*
Dan Ramadhan tetapi berkunjung setiap tahun. Tahun ini kali ketiga kami berpuasa tanpa insan yang bergelar emak.
*
Dalam sibuk- sibuk saya menghantar mesej Awal Ramadhan kepada kawan dan teman yang berada dalam telefon genggam saya, saya mendapat balasan yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama.
*
Salam 1 Ramadhan 1431H.
*
Monday, August 09, 2010
Penuh- Rajin atau Tak Sistematik?
*
*
Pen yang suweet, tapi sayang warna merah jambu. *Erk, tak minat*
Ok, apa yang di atas itu cuma selingan. Cerita sebenar entri ini ada di bawah.
Kadang- kadang apabila melihat isi kandungan pen drive sereorang, aku rasa kagum. Penuh dengan dokumen (Words, PowerPoint, dll), gambar dan lagu. Tiba- tiba aku rasa orang itu sangat rajin (?). Tapi yang menjadi masalahnya apabila mencari dokumen. Menjajau, menggelabah mencari.
Kadang- kadang aku ingin seperti itu.
Tapi itu bukan aku. Dokumen dan segala neka yang ada dalam pen drive mahupun laptop aku selalunya berada dalam folder yang berlabel kemas. Kalaupun yang bersepah cuma gambar. Itu pun masih tersimpan kemas dalam folder yang berlabel. Contohnya untuk acara makan malam terakhir bersama kawan- kawan undergrads, labelnya adalah 'Last Night Out'. Dalam folder itu ada lagi sub- sub folder yang berlabel dari mana gambar- gambar itu aku perolehi. Contohnya ada folder Faiz, Ina, Awienn, Fyd. Bahkan yang lebih ekstrim dalam folder itu juga aku bahagikan antara gambar dan video.
Ok, sekarang beritahu sama aku. Adakah aku seorang yang sistematik atau ekstrimis.
Notakaki: Faiz penah beritahu aku kalau ada orang nak cari assignment aku pun boleh sesat. Tapi kalau sekali dah jumpa, semua dokumen aku orang tu boleh cari.
Sunday, August 08, 2010
Malam Di Mana Clapper Board Menjadi Idaman Semua.
Semua mahu! Tapi ini clapper board aku. Iya, iya. DIY lagi.
*
*
Tapi clapper board yang ini semua boleh miliki.
*
*
MASKARA Shorties kali ini menayangkan 30 filem pendek. Tapi sayang, aku cuma dapat tonton separuh sebab Apam Kacang tak mahu tidur *sobs*. Apa pun, ini review aku tentang Shorties malam semalam.
*
Sunrise Children's Village
Aku balik masa cerita ni hampir nak habis. Tiba- tiba kasut aku susah pula nak pakai. Terkial- kial. Sudahnya cerita ni habis. Tapi cerita ini sangat menyentuh hati. Terutama scene anak mengelap dahi ibunya dengan air. Tiba- tiba teringatkan Mak. *sobs* Tapi tak boleh nangis sebab nanti Brother Bear akan kutuk aku, kata budak-pendek-gembeng. Ahaks!
*
SROQ
Cerita yang lawak habis! Terutamanya scene seluar koyak dan kentut dalam air. Siapa yang tak pernah alami keadaan begitu sila angkat kaki. Sungguh menipu. Cerita yang tak banyak dialog, tapi ekspresi muka dan lagu yang sangat menggelikan hati. Terutamanya lagu jenis- jenis lauk pauk yang boleh dimasak.
A la Folie
Agak mengelirukan. Mungkin aku belum sampai tahapnya. Tapi masih enjoy!
Petra Bond
Secene yang tak boleh dilupakan adalah scene banyak sangat pintu yang perlu dilalui dan tangga yang perlu didaki. Sungguh, bila menonton pun tiba- tiba rasa nak semput (ha ha, tipu je). Scene staff yang balut- balut hadiah tu rasanya macam perkara biasa kat sekolah. (Hari tu baru ja bungkus hamper untuk anak- anak).
Selingan. Ehem. Ada seseorang dapat sesuatu. Apakah?
*
Low Budget Love
Okay, pada mereka yang pernah bercouple masa zaman- zaman belajar dan sengkek, cerita ini pasti sangat memori. Scene kegemaran, masuk kedai barang kemas. Leng chai dan Leng lui yang sweet sweet main kahwin- kahwin. (Leng lui, nama panggilan untuk aku oleh budak- budak Cina kelas 2E).
*
Lawan
Teringat cerita Baik Punya Cilok. Macam nak lakukan yubi-tsume ja sebagai bukti kesetiaan pada ketua.
3 Hantu Silap Mata
*
Saturday, August 07, 2010
In Action
I will attend MASKARA Shorties today. Hopefully nothing will interrupt my plan. I've been waiting for this since last month (yes, last month I attended MASKARA too). Last month, on the day that I attended MASKARA was The Twins' birthday. Today, the day that I will attend MASKARA is Fashya's birthday.