*
Hari ini masuk hari ke- 6 Syawal. Alhamdulillah saya dapat bersarapan dengan normal pagi ini. Dah tak larat rasanya ambil makan berat untuk sarapan. Perut perlu di jaga ya, kalau tidak merana badan! Syawal bagi saya tidak lah seistimewa mana. Cuma yang lebihnya, inilah masanya untuk pergi ke rumah sanak saudara dan mereka pasti ada di rumah (untuk memastikan mereka ada di rumah, telefonlah dulu!). Yang lain- lain, tak ada bezanya. Kalau nak kata berbaju baru, hari- hari lain pun boleh pakai baju baru (budak yang kali pertama daftar sekolah Tahun Satu pun ramai yang pakai baju baru- raya juga kah?)
*
Syawal tahun ini, kali kedua di sambut tanpa Mak dan kali ketiga beraya di rumah sendiri. Tahun hadapan pun rumah sendiri (agaknya)
*
~Raya pertama pergi ke rumah atuk saudara di Jalan P. Kami tunjukkan gambar kahwin ms tepung pada Humaira (dua pupu saya), sambil bertanya, "akak ni buat apa?" (ms tepung sedang memotong kek perkahwinan). Jawab Humaira, "akak ni tengah happy birthday!"
*
~ Raya kedua masing- masing memerut dengan jayanya, kecuali ms tepung.
*
~ Raya ketiga ke Tangkak. Sudah ada suara yang bertanyakan soalan cepu-cemas. Kak Jee (sepupu saya) membalas, "hei, tak boleh! I nak dia ambil Master dengan I dulu!". Terima kasih Kak Jee! ada juga yang menyokong saya!
*
~ Raya keempat, rumah saya di serang hendap tiga kali. Sela masa antara serangan pertama dan kedua adalah sangat dekat. (baca: pelajar saya datang beraya la...) Dalam tiga kali sesi serang hendap, cuma tiga orang saja pelajar saya, yang lain entah siapa- siapa (tapi masih menerima, sebab Hari Raya).
*
~ Raya kelima, beraya di rumah Atuk Cina! (pasaraya la...)
*
Tahun in pelajar Agama 2 tak buat reunion. Kebarangkalian untuk saya berjumpa mereka lagi lain kali adalah sangat tipis.
(Kalau tak jumpa mereka terus pun tak apa, saya pun dah tak ada hati nak jumpa mereka)
Bagaimana raya anda?
*
Selamat berpuasa enam hari di bulan Syawal! Saya mungkin akan mula berpuasa bila mula bekerja.
2 comments:
ain..saya hr tu mau kerumah kamu..tp awatnye x angkat phone???
muzai: hari apa ya? mungkin masa tu celcom tengah mengots kott?
Post a Comment