Tuesday, September 22, 2009

Aktiviti Syawal Ini- Raya Kedua

*
Hari ini saya tak ke mana- mana waima membuat apa yang penting pun. Hari ini adalah hari memerut serumah. Semua ke tandas lebih dari dua kali kecuali ms tepung. Rancangan untuk ke Tangkak terpaksa di batalkan (baca: buat- buat tak ingat sebab masing- masing berebut ke tandas).
*
Hari yang tidak produktif. Tak ada siapa yang datang bertandang, ini perkara biasa. Jangan terkejut, sebab jiran- jiran saya 98% berbangsa bukan Melayu (yang Melayu pun tak ada di sini, balik kampung). Jadi hari ini di isi dengan menyambung baca Jurnal Bluehikari. Mula- mula agak lambat untuk membacanya, sebab sudah lama tidak membaca terus dari skrin komputer. Kali terakhir membuatnya adalah ketika membuat latihan praktikum, itu pun sebab membaca novel Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani).
*
Di Internet pun tidak ada apa yang menarik. Ramai yang tidak sudi online sebab Hari Raya adalah hari untuk merdeka dari Internet (betul ke?).
*
Mungkin hari ini kami akan ke Tangkak, bertemu saudara mara. Mana tahu esok lusa kami akan ke Batu Pahat pula. Rindu bukan kepalang pada Faiz!
*
Saya berhenti di sini. Ingin menyambug baca Jurnal!
*

No comments: