Tak tahu kenapa, Ramadhan tahun ini, aku kerap kali bermimpi. Petanda apakah itu? Dan semalam, aku bemimpi lagi...
*
Sepanjang Mak hidup, aku percaya, bahawa nama keluarganya adalah Lim. Tapi, selepas Mak meninggal, baru kau tahu, bahawa nama keluarga Mak adalah Cho. Ya, Mak adalah anak angkat kepada sebuah keluarga Melayu.
Mungkinkan ini nama Cina ku? Cho Mei Xiu
*
52 tahun yang lalu, undang- undang masih tidak ketat. Mak di daftarkan atas nama Melayunya dalam sijil kelahiran. Tapi kami semua tahu, bahawa Mak hanya anak angkat.
*
Sungguh, aku betul- betul teringin menegnali keluarga Cina ku. Selama Mak hidup, kami tak pernah berbicara hal ini dengan Ayah. Dan Ayah nampaknya tidak berminat untuk membicarakannya. Yang aku terkilankan, sebenarnya salah seorang pakcik Melayuku masih berhubung rapat dengan salah seorang pakcik Cinaku. Sungguh, aku terkilan.
*
Dan sungguh, aku sangat- sangat mendambakan pertemuan dengan saudara Cinaku. Tidak, aku tidak meminta meraka menerimaku, tapi aku hanya berharap aku dapat mengenali mereka walau untuk seketika.
*
Pernahkah kamu merasa bahawa kamu sebahagian dari sesuatu tapi kamu tidak menyedarinya?
*
No comments:
Post a Comment