Sunday, September 20, 2009

Aktiviti Syawal Ini

*
Ini tahun kedua beraya tanpa Mak, tapi tahun ini ada orang baru dalam keluarga kami. incik-kacang-senyum aka abang ipar. Jangan sedih ya bang, tahun ini beraya di perantauan. Tahun ini rasanya saya mencatat rekod dengan memakai baju kurung paling lama (bukan baju raya, cuma pakai baju yang sepatutnya di pakai untuk bekerja Jumaat lepas).
*
Bangun agak awal dan menggosok baju- baju orang lain. Memang sejak mula pandai menggosok baju, tugas menggosok baju raya adalah tugas wajib saya. ms tepung sibuk memasak kuah lodeh di dapur. Walaupun tahun lalu saya berjanji dengan ms tepung bahawa tahun ini saya yang akan memasak juadah raya, ia tidak tercapai juga. Ini kerana ms tepung beraya di sini. Maknanya tahun hadapanlah saya akan mula memasak dan berperang di dapur sendirian.
*
Kurang lebih jam 11 pagi, kami ke Jalan P, menziarahi saudara terdekat. Agak lama juga kami di sana. Kembali semula ke rumah sekitar jam 2.15 petang. Solat Zuhur dan saya kembali menguliti Jurnal Bluehikari. Kebelakangan ini program hari raya langsung tidak menarik. Tahun lalu saya gagahkan diri juga melepak di depan televisyen dan menonton rancangan yang tak seberapa itu (sampai kena tegur!). Tapi, tahun ini saya ada agenda yang lebih penting. Mengkhatamkan Jurnal ini sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin ada ulasan yang saya akan terbitkan dalam entri kemudian. Untuk mendapatkan mood dan feel yang lebih ketika membaca Jurnal, saya mainkan lagu yang menjadi latar blog tersebut. Bak kata Pipiyapong, barulah kacip!
*
Nak menulis panjang pun tak ada siapa yang baca. Maklumlah, masing- masing dalam mood raya.
*
Salam Aidifitri 1430H. Moga Syawal ini membuka lembaran baru dalam ikatan ukhwah kita. Maaf zahir dan batin. Dari ainyusof dan keluarga.

No comments: