Dalam waktu- waktu sekarang ini, saya pasti ramai yang dalam mood nak beraya. Ya silakan, Syawal bakal menjelang kebih kurang seminggu saja lagi. Persiapan raya saya? Hmmm... berbalang- balang 'kuih tunjuk', masih lagi berfikir bila nak basuh dan tukar sarung kusyen baru (bukan baru beli, tapi baru sarung) dan basuh dan tukar langsir baru (baru gantung laa...).
*
Saya mengalah tahun ini, hajatnya tak mahu beli baju raya, alih- alih beli juga sehelai jubah. Punyalah susah nak mencari. Penat di tawaf satu bandar (atas dan bawah), berhari- hari. Akhirnya tadi saya berjumpa juga sehelai jubah yang padan dengan saiz saya. Sebelum ini bukan tak ada yang padan, tetapi harganya agak melampau. Dari beli baju mahal- mahal, baik saya laburkannya untuk membeli buku (tsk, ini adalah kata- kata dari seorang makhluk Tuhan yang obses membeli buku latihan).
*
Semalam saya menggosok baju dan tudung untuk pergi bekerja minggu hadapan. Baru saya sedar, banyaknya tudung saya.

*
Ketika entri ini di tulis, saya telah menyiapkan berpaket- paket duit raya untuk anak- anak yang akan datang beraya (macamlah ramai yang akan datang).



*
Apa pun, selamat bekerja untuk satu minggu lagi. Walaupun hati anda sudah melonjak- lonjak untuk beraya, pastikan tugas tidak di abaikan. Give your 100% for your work. Ada tak yang nak buat macam ni?
Jangan kata saya yang suruh pula ya! Saya cuma menghiburkan hati yang agak runsing sebab rumah belum habis berkemas. Tsk, mungkin selepas ini saya kena buat jadual tugasan dan tarih tamatnya (dateline). Juga baru teringat, hari Khamis ini ada mesyuarat penggubal kertas soalan peperiksaan akhir tahun bagi Bahasa Inggeris. Pergi mesyuarat, tapi tak bolah makan sebab puasa =P

*
Selamat berhujung minggu, hari Ahad, hari Sunday, weekend. Jangan stress untk hari raya walaupun anda tak dapat bonus. Saya pun tak dapat bonus juga sebab bonus untuk kumpulan sokongan, saya kumpulan pembangkang... (acah je...)
*
6 comments:
selamat berpuasa dan selamat berhari raya...
thanks
eleh, saya jadi wakil adik2. so, kena la bagi saya lebih.
Ecah: haha, saya dengan eksklusive nya telah menjemput adik dan sepupu awak datang rumah saya. no such thing jadik wakil yek
p/s: kalau yana n kiah datang masa PMR, mereka boleh jadi wakil awak. ada alasan kukuh, sebab awak tengah jawap perkse. ekekeke!
slm..hye tuan rumah..tumpang lalu ye..hehe. anyway camat ari raya cikgu...jemput la dtg singgah blog sy ek..http://apediacakap.blogspot.com/ sy ni bdak baru blaja nak ber-belog..
hye there. selamat hari raya juga. nway, enjoy blogging!
Post a Comment