Monday, September 28, 2009
Bersiap Siaga dengan Senjata!
Hari ini sesi persekolahan bermula selepas cuti yang panjang. Cikgu- cikgu dan murid- murid, sila bersedia dengan 'senjata' masing- masing.
*
Murid- murid jangan bagi alasan tak masuk akal bila tak buat kerja sekolah.
*
Cikgu- cikgu, sila ambil mood mengajar. (Adalah sangat beruntung bagi cikgu- cikgu yang tidak ada kelas pada waktu kedua. Tapi jangan jadikan waktu tersebut sebagai sesi bergosip yach!)
*
Apa pun, selamat kembali bertugas. Lebih molek jika kita sama- sama mula berpuasa sunat hari ini!
*
Sunday, September 27, 2009
U6A1
U6A1.
Kontroversi.
Sejak aku sekolah lagi.
Kenapa,
aku mesti sangkut?
*
Gambar yang di tunjukkan tidak ada kait mengait dengan apa yang aku tulis. Ini adalah gambar pertama yang aku dapat bila aku taip U6A1 di Yahoo! Search Image.
Saturday, September 26, 2009
... dan beg tangan itu...
Mak andam ms tepung pernah cakap pada saya, "cepat- cepat kahwin, sebelum kakak awak bawa beg tangan. Time tu, dia dah tak boleh tolong awak lagi dah".
*
Masalahnya sekarang ni, ms tepung memang dah jadi Mak Yong pun. Saya? Masih tak kahwin lagi...
*
Kesimpulannya, jodoh pertemuan kita boleh rancang, tapi Allah yang tentukan.
*
Saya? Tak kecewa pun. Bahkan, saya menikmati setiap detik dalam hidup saya dengan penuh kesyukuran. Saya boleh buat apa yang saya mahu asalkan tidak termaktub dalam larangan Allah dan tidak di larang oleh Ayah saya.
*
Entri ini adalah sempena perkahwinan toot... FT
*
Nota papan kekunci: beg tangan= bayi/ anak. Mak Yong= Mak Buyung
*
Friday, September 25, 2009
Aktiviti Syawal Ini- Corat Coret Raya
Hari ini masuk hari ke- 6 Syawal. Alhamdulillah saya dapat bersarapan dengan normal pagi ini. Dah tak larat rasanya ambil makan berat untuk sarapan. Perut perlu di jaga ya, kalau tidak merana badan! Syawal bagi saya tidak lah seistimewa mana. Cuma yang lebihnya, inilah masanya untuk pergi ke rumah sanak saudara dan mereka pasti ada di rumah (untuk memastikan mereka ada di rumah, telefonlah dulu!). Yang lain- lain, tak ada bezanya. Kalau nak kata berbaju baru, hari- hari lain pun boleh pakai baju baru (budak yang kali pertama daftar sekolah Tahun Satu pun ramai yang pakai baju baru- raya juga kah?)
*
Syawal tahun ini, kali kedua di sambut tanpa Mak dan kali ketiga beraya di rumah sendiri. Tahun hadapan pun rumah sendiri (agaknya)
*
~Raya pertama pergi ke rumah atuk saudara di Jalan P. Kami tunjukkan gambar kahwin ms tepung pada Humaira (dua pupu saya), sambil bertanya, "akak ni buat apa?" (ms tepung sedang memotong kek perkahwinan). Jawab Humaira, "akak ni tengah happy birthday!"
*
~ Raya kedua masing- masing memerut dengan jayanya, kecuali ms tepung.
*
~ Raya ketiga ke Tangkak. Sudah ada suara yang bertanyakan soalan cepu-cemas. Kak Jee (sepupu saya) membalas, "hei, tak boleh! I nak dia ambil Master dengan I dulu!". Terima kasih Kak Jee! ada juga yang menyokong saya!
*
~ Raya keempat, rumah saya di serang hendap tiga kali. Sela masa antara serangan pertama dan kedua adalah sangat dekat. (baca: pelajar saya datang beraya la...) Dalam tiga kali sesi serang hendap, cuma tiga orang saja pelajar saya, yang lain entah siapa- siapa (tapi masih menerima, sebab Hari Raya).
*
~ Raya kelima, beraya di rumah Atuk Cina! (pasaraya la...)
*
Tahun in pelajar Agama 2 tak buat reunion. Kebarangkalian untuk saya berjumpa mereka lagi lain kali adalah sangat tipis.
(Kalau tak jumpa mereka terus pun tak apa, saya pun dah tak ada hati nak jumpa mereka)
Bagaimana raya anda?
*
Selamat berpuasa enam hari di bulan Syawal! Saya mungkin akan mula berpuasa bila mula bekerja.
Wednesday, September 23, 2009
Aktiviti Syawal Ini- Raya Ketiga
Mau update blog.
Tapi sangat malas.
Idea banyak, tapi malas lagi.
*
Cuma, mau bagi info terbaru.
Arkib 2000 hingga Arkib Moplantai
Telah berjaya di khatamkan
Super duper double YIPPIE YAY!
Tak sia- sia aku gunakan waktu terluang
untuk khatamkannya.
YAY! Lagi
*
Sekarang,
mau baca Arkib 2006 pula!
YAY!
*
Tuesday, September 22, 2009
Aktiviti Syawal Ini- Raya Kedua
Hari ini saya tak ke mana- mana waima membuat apa yang penting pun. Hari ini adalah hari memerut serumah. Semua ke tandas lebih dari dua kali kecuali ms tepung. Rancangan untuk ke Tangkak terpaksa di batalkan (baca: buat- buat tak ingat sebab masing- masing berebut ke tandas).
*
Hari yang tidak produktif. Tak ada siapa yang datang bertandang, ini perkara biasa. Jangan terkejut, sebab jiran- jiran saya 98% berbangsa bukan Melayu (yang Melayu pun tak ada di sini, balik kampung). Jadi hari ini di isi dengan menyambung baca Jurnal Bluehikari. Mula- mula agak lambat untuk membacanya, sebab sudah lama tidak membaca terus dari skrin komputer. Kali terakhir membuatnya adalah ketika membuat latihan praktikum, itu pun sebab membaca novel Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani).
*
Di Internet pun tidak ada apa yang menarik. Ramai yang tidak sudi online sebab Hari Raya adalah hari untuk merdeka dari Internet (betul ke?).
*
Mungkin hari ini kami akan ke Tangkak, bertemu saudara mara. Mana tahu esok lusa kami akan ke Batu Pahat pula. Rindu bukan kepalang pada Faiz!
*
Saya berhenti di sini. Ingin menyambug baca Jurnal!
*
Sunday, September 20, 2009
Aktiviti Syawal Ini
Ini tahun kedua beraya tanpa Mak, tapi tahun ini ada orang baru dalam keluarga kami. incik-kacang-senyum aka abang ipar. Jangan sedih ya bang, tahun ini beraya di perantauan. Tahun ini rasanya saya mencatat rekod dengan memakai baju kurung paling lama (bukan baju raya, cuma pakai baju yang sepatutnya di pakai untuk bekerja Jumaat lepas).
*
Bangun agak awal dan menggosok baju- baju orang lain. Memang sejak mula pandai menggosok baju, tugas menggosok baju raya adalah tugas wajib saya. ms tepung sibuk memasak kuah lodeh di dapur. Walaupun tahun lalu saya berjanji dengan ms tepung bahawa tahun ini saya yang akan memasak juadah raya, ia tidak tercapai juga. Ini kerana ms tepung beraya di sini. Maknanya tahun hadapanlah saya akan mula memasak dan berperang di dapur sendirian.
*
Kurang lebih jam 11 pagi, kami ke Jalan P, menziarahi saudara terdekat. Agak lama juga kami di sana. Kembali semula ke rumah sekitar jam 2.15 petang. Solat Zuhur dan saya kembali menguliti Jurnal Bluehikari. Kebelakangan ini program hari raya langsung tidak menarik. Tahun lalu saya gagahkan diri juga melepak di depan televisyen dan menonton rancangan yang tak seberapa itu (sampai kena tegur!). Tapi, tahun ini saya ada agenda yang lebih penting. Mengkhatamkan Jurnal ini sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin ada ulasan yang saya akan terbitkan dalam entri kemudian. Untuk mendapatkan mood dan feel yang lebih ketika membaca Jurnal, saya mainkan lagu yang menjadi latar blog tersebut. Bak kata Pipiyapong, barulah kacip!
*
Nak menulis panjang pun tak ada siapa yang baca. Maklumlah, masing- masing dalam mood raya.
*
Salam Aidifitri 1430H. Moga Syawal ini membuka lembaran baru dalam ikatan ukhwah kita. Maaf zahir dan batin. Dari ainyusof dan keluarga.
Friday, September 18, 2009
Pra Syarat Untuk Mengemas Rumah (dan Majlis Buka Puasa di Sekolah)
*
*
*
*
*
*
Cenderahati untuk pelajar yang terlibat dalam tadarus
Antara pelajar dan tetamu yang datang malam tadi
Dua jelitawan yang bersungguh- sungguh menapau untuk ahli keluarga mereka (Athirah, saya rasa awak salah ambil plastik malam tadi. Awak ambil lauk untuk jiran saya)
Cuba teka, antara empat jejaka yang berada dalam gambar ini, yang mana satu bakal adik ipar saya? (Tsk, kena tanya abang dia dulu la...)
Hahaha, gambar ini tak ada kait mengait dengan entri hari ini. Ini adalah percubaan sesuka hati untuk camwhoring. Memandangkan cermin ini sudah di letakkan di luar bilik guru dan saya rasa saya sangat cantik semalam (Ecah, sila muntah hijau. Kiah cakap saya cantik ya!). Kalau tak, tak kan Kak Long puji saya dan kata, "You cantik pakai macam ni. Looks so modern!" Jangan tak caya nyah!
Ini bukan entri terakhir saya sebeum raya. Akan saya cuba usahakan untuk online pagi esok. ms tepung pun akan bailk hari ini!
Saturday, September 12, 2009
Persiapan Raya
Dalam waktu- waktu sekarang ini, saya pasti ramai yang dalam mood nak beraya. Ya silakan, Syawal bakal menjelang kebih kurang seminggu saja lagi. Persiapan raya saya? Hmmm... berbalang- balang 'kuih tunjuk', masih lagi berfikir bila nak basuh dan tukar sarung kusyen baru (bukan baru beli, tapi baru sarung) dan basuh dan tukar langsir baru (baru gantung laa...).
*
Saya mengalah tahun ini, hajatnya tak mahu beli baju raya, alih- alih beli juga sehelai jubah. Punyalah susah nak mencari. Penat di tawaf satu bandar (atas dan bawah), berhari- hari. Akhirnya tadi saya berjumpa juga sehelai jubah yang padan dengan saiz saya. Sebelum ini bukan tak ada yang padan, tetapi harganya agak melampau. Dari beli baju mahal- mahal, baik saya laburkannya untuk membeli buku (tsk, ini adalah kata- kata dari seorang makhluk Tuhan yang obses membeli buku latihan).
*
Semalam saya menggosok baju dan tudung untuk pergi bekerja minggu hadapan. Baru saya sedar, banyaknya tudung saya.
Yang ada dalam gambar ini hanyalah yang akan di pakai minggu hadapan. Itu belum masuk stok yang lain. Tsk, tsk, tsk. Apa agaknya dalam kepala saya masa saya beli tudung- tudung ni yek?
*
Ketika entri ini di tulis, saya telah menyiapkan berpaket- paket duit raya untuk anak- anak yang akan datang beraya (macamlah ramai yang akan datang).
*
Friday, September 11, 2009
... the next Sharifah Amani
This is my neighbour's daughter.
She is pretty right? This picture was taken months ago.
*
This picture was taken last week. Still pretty and cute right?
Thursday, September 10, 2009
Di Sapa 'Bakal' Bapa Mertua...
2.30 petang. Aku, Kay dan guru- guru lain berdedai- dedai menuju ke pejabat. Mahu merakam waktu pulang. 'Bakal' bapa mertuaku menegur...
*
'B'BM: Banyak dah buat kuih raya Ain?
Aku: Tak buat pun. Buat kuih tujuk- tunjuk aje.
'B'BM: Oh, macam tu, cepat lah siap yek. Takpela.
Ain: Tak ada masa la cikgu (alasan!). Tapi mungkin masa nak raya nanti saya buat kek batik.
'B'BM: Bagus la macam tu.
Ain: Saya memang tak buat rumah terbuka, tapi jemputla datang rumah raya nanti.
'B'BM: Oh, boleh- boleh. Saya bawa rombongan sekali boleh?
Kay: Wah, ada makna tu cikgu!
'B'BM: Bukan untuk saya, tapi untuk anak saya.
Ain: Boleh- boleh. Rombongan sambil belajar kan cikgu?
*
Apa maknanya ini?
*
Tak ada maknanya!
*
Wednesday, September 09, 2009
Mencari Keluarga Yang Hilang...
Tak tahu kenapa, Ramadhan tahun ini, aku kerap kali bermimpi. Petanda apakah itu? Dan semalam, aku bemimpi lagi...
*
Sepanjang Mak hidup, aku percaya, bahawa nama keluarganya adalah Lim. Tapi, selepas Mak meninggal, baru kau tahu, bahawa nama keluarga Mak adalah Cho. Ya, Mak adalah anak angkat kepada sebuah keluarga Melayu.
Mungkinkan ini nama Cina ku? Cho Mei Xiu
*
52 tahun yang lalu, undang- undang masih tidak ketat. Mak di daftarkan atas nama Melayunya dalam sijil kelahiran. Tapi kami semua tahu, bahawa Mak hanya anak angkat.
*
Sungguh, aku betul- betul teringin menegnali keluarga Cina ku. Selama Mak hidup, kami tak pernah berbicara hal ini dengan Ayah. Dan Ayah nampaknya tidak berminat untuk membicarakannya. Yang aku terkilankan, sebenarnya salah seorang pakcik Melayuku masih berhubung rapat dengan salah seorang pakcik Cinaku. Sungguh, aku terkilan.
*
Dan sungguh, aku sangat- sangat mendambakan pertemuan dengan saudara Cinaku. Tidak, aku tidak meminta meraka menerimaku, tapi aku hanya berharap aku dapat mengenali mereka walau untuk seketika.
*
Pernahkah kamu merasa bahawa kamu sebahagian dari sesuatu tapi kamu tidak menyedarinya?
*
Monday, September 07, 2009
New Addiction
I'm not sure either I can name it as an addiction. But what I know is, I love it!
*
What I mean is this:
Teh Bunga Kekwa
Credit photo to this site
Lalalalala~~~
Saya tahu ramai kat luar sana sudah mula menghitung hari, "Er, berapa hari lagi nak Raya ek?". Tsk, kalau pun beria-ia sangat, jangan la sampai menggangu orang lain. Ada yang siap dah pasang lagu raya lagi. Tsk, tsk, tsk...
*
Kepada yang tanya "berapa hari lagi nak raya, ek?", anda seperti pelajar Tahun 5 saya. Tak sudah- sudah menghitung hari bila boleh beraya. Saya, mungkin agak emotionless. Rasanya saya lebih suka berpuasa dari beraya. Tsk again, saya agak anti klimaks.
*
Entri kali ini agak tidak mempunyai tujuan. Sebab kalau ada tujuan, saya takut ada yang muntah hijau lagi (aHa!). Cuma rasanya, minggu ini hari- hari saya bole tersenyum setiap pagi. Alasannya, adalah... (ekkk... keji bunyinya occay!)
*
Ok, saya rasa adalah bagus untuk saya berheti merapu hari ini. Saya nak keluar dan photostat bahan kerja untuk anak- anak saya hari esok. Tsk, sabr Ain, sabar...
*
Sunday, September 06, 2009
Cesss~~~
Adegan 1
Kadang- kadang saya rasa rambut saya cantik macam rambut Hanis Zalikha. Terima kasih pada syampu dan perapi Sunsilk. (entri ini adalah tidak di bayar ya!) Cess, perasan. Kalau Mr. A dengar saya cakap macam ni pasti dia akan tenung saya lama- lama. Apa agaknya dia fikir? Sebab dia cakap dia pernah jumpa Cik Hanis. Isk... isk... isk...
Adegan 2
Kadang- kadang saya rasa saya cikgu yang paling vogue kat sekolah. Cess, perasan (keji you!). Ecah, sila jangan muntah hijau ya. Saya tahu, anda minat bunga besar kat bahu saya. Saya suka pakai apa yang cikgu lain tak pakai. Contohnya, cikgu Melayu jarang pakai skirt dan blaus. Saya suka- suka pakai dan tengok reaksi Kak Long. Dia tak cakap apa- apa, maknanya dia approve la.
Moral of the story...
Kadang kala, tak salah untuk persan kita ni bagus. Sometimes it is good to boost our self esteem. Tapi jangan buat selalu ya, itu riak nama nya!
*
Saturday, September 05, 2009
Celebrate It In Our Own Way
We have celebrated our Independence Day for almost 1 week. Since 31st August this year fall during school holiday, only today we have the opportunity to celebrate it. Not a big celebration, just a minor one, yet very meaningful. I came to school two hours late (due to tuisyen, sigh!) and I missed the poem recital competition (uh, Mr. A won this again! Yippie yay!). The only thing left was the banner competition. Not many students came as they will definately claim they are tired. Penat la sangat...
*
So, these are some of the pictures during the competition. I just went around and look at their work and snap some pictures. Some of them got excited to be captured although I am just using my cikai camera phone.
*
Some of the precious moments!
Friday, September 04, 2009
Reasons to Be Happy
Phew, since it was so tiring to think and do it alone, I stopped to break my fast with Nasi Kerabu. Nyum nyum...
*
Thursday, September 03, 2009
Apology (to my friends)
Yesterday only I realised that another friend of mine has started blogging. Whoa! Another blogging friend. Then I realised that, those friends of mine who have blog are married! (I am the exceptional).
*
Anyway, I would like to apoligise to them, as I cannot put them under the list of bloggers which I link directly from my blog. I have my own specification on whom and what kind of blog that I linked.
*
Another reason is, my students also read my blog. I do not wish to expose to them about my friends. Enough with what they read on my blog. Even when they added me on Friendster, I have to reject. I told them, "you can read my blog. But I cannot allow you to be one of my friends at Friendster. Friendster and Facebook are my private life".
*
So friends, no hard feeling okay. With my explaination, I hope you will understand that you are apart of my private life.
*
No to dissapoint you, I will link your blogs, but only for this entry
Fashya (aka Cicak)
Muzai (aka Kakak Kembar)
Yuzai (aka Adik Kembar)
Anne
Izan
Afi
*
Wednesday, September 02, 2009
When I Fall in Love
This afternoon I was having a chit chat with other teachers when suddenly one of them asked me, "Is there any chance that you are going to change your status within this time?" And I answered, "No".
*
"Why?"
"Because nobody approached me and say anything"
*
We laughed and she said that she like my answer. It was very straight forward.
*
It's very simple. Do not burden yourself with this kind of things. Some people will said that you are very choosy, that's why you are still single. My answer will be, of course I will be choosy. Finding a partner is not just like choosing fishes at market. If you accidentally bought a rotten fish, chances are, it will end up in the dust bin or to you cats. But it is not applicable for human being. That's why we, ladies, have to choose.
*
And this afternoon I took a quiz at Facebook and I just looove the result!
I am completely normal baby. It is just a matter of time. For the time being, I just enjoy my life!
*